Kak Ngah dah bersedia untuk memulakan perjalanan hari ini. Hari ini kami pilih perjalanan berdekatan dengan kawasan perumahan sahaja.
Setelah dipertimbangkan maka, hari ini kami ke Ujana Muallim lagi. Jika sebelum ini pergi pada waktu petang, kali ini kami pilih waktu pagi.
Kebiasaannya udara akan lebih segar jika keluar pada waktu pagi. Tambahan pula kawasan Ujana Muallim ini pula terletak di kaki banjaran Titiwangsa. Tentu segar sekali apabila menghirup udaranya ananti.
Laluan dari Bandar Proton ke kawasan Ujana Muallim. Pemandangan agak suram, bukan disebabkan suasananya yang suram, tetapi kesan apabila kamera mengadap matahari yang sedang naik... Maka, terima sahaja pemandangan tersebut.
Setiba sahaja kami di selekoh kawasan Ujana Muallim, terpapar jelas nama kawasan rekreasi yang sedang meningkat popular.
Ini ialah pintu masuk ke kawasan pentas, kebiasaanya orang ramai tidak melalui pintu ini. Mereka memilih laluan yang boleh membawa masuk kenderaan ke ruang parkir yang tersedia dalam kawasan berpagar.
Berswafoto sekali sebagai tanda aku telah berada di kawasan pintu masuk kawasan pentas Ujana Muallim.
Tangki air ini memang berada betul-betul berdepan pintu masuk ke Ujana Muallim. Ada beberapa tangki air lagi yang terdapat di kawasan ini. Muatan air dalam tangki sebagaimana yang jelas tertera 1.2 MLD (Million Litres Per Day). Mungkin perbekalan yang dapat dilakukan untuk sebuah tangki air sebegini... Jika setiap orang memerlukan 10 liter air untuk sehari, setangki air ini dapat membekalkan kepada 120,000 orang dalam sehari. Bayangkan berapa penggunaan air yang dibuat oleh seluruh penduduk dalam kawasan Tanjong Malim ini.
Maha Besar Allah Yang Maha Berkuasa, perbekalan air kepada semua penduduk masih mencukupi.
Papan tanda pemberitahuan waktu tempat dibuka dan ditutup disediakan betul-betul di pintu masuk kenderaan ke Ujana Muallim. Pemberitahuan ini memudahkan melihatnya dan para pengunjung dapat mematuhinya. Kawasan sebegini memang sepatutnya dibuat kawalan sebegini. Al-maklum kawasan yang bersambungan dengan kawasan hutan.
Aku dan keluarga pernah datang sebelum ini ke Ujana Muallim ini, tetapi apabila terlihat papan pemberitahuan, kami terpaksa berpatah balik kerana melepasi waktu yang dibenarkan.
Sebaik melepasi pintu masuk, papan tanda arah kawasan tersedia dipamerkan. Banyak juga kawasan dan kemudahan yang disediakan.
Jalan menuju ke Menara Pandang (Lookout Tower). Semasa melihat laluan ini, terlihat beberapa orang sedang mendaki untuk ke Menara Pandang. Aku tidak berhasrat ke tempat tersebut, kerana pakaian yang digunakan tidak sesuai untuk aktiviti tersebut.
Tempat seakan pentas ini, bermungkinan boleh diadakan sebarang acara atau majlis.
Perkataan "Ujana Muallim" tersergam indah di atas bukit...
Pemandangan laluan menurun bukit ke tempat parkir di bahagian bawah.
Ruang parkir yang disediakan untuk pengunjung yang menaiki sebarang kenderaan.
Pemandangan kawasan parkir kereta dari jalan keluar tempat permainan dan perkhemahan.
Pemandangan parkir dari Pusat Mendaki
Batang penahan terpacak memaklumkan bahawa kenderaan motosikal, kereta atau yang lebih besar, tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan rekreasi.
Lagi papan tanda pandu arah ke tempat untuk rekreasi.
Empangan air yang dibina antara daya penarik. Paling menarik apabila aku menuruni kawasan tersebut, terlihat segerombolan ikan yang berenang-renang dalam air.
Air yang mengalir tenang disulami bunyi air mengalir menambah nyamannya suasana di Ujana Muallim.
Berkemungkinan jika dijadikan tempat mandi manda untuk pengunjung, akan dapat menarik minat pengunjung dari luar.
Taman permainan yang disediakan untuk anak-anak kecil bermain. Ibu bapa atau penjaga boleh melakukan rekreasi di kawasan bersebelahan atau berehat di pondok-pondok yang disediakan.
Laluan masuk ke jejantas yang merentasi anak-anak sungai.
Pengunjung boleh melalui jejantas ini untuk menikmati suasana damai dengan bunyi air sungai.
Keadaan anak sungai yang mungkin boleh ditambah baik untuk menarik, mungkin juga boleh dijadikan tempat untuk mandi-manda.
Boleh juga main air di anak-anak sungai sambil menikmati kesejukan air sungai kaki banjaran Titiwangsa.
Perjalanan di jejantas di kawasan anak sungai berakhir dan menuju ke kawasan permainan kanak-kanak. Di tepi kawasan ini juga kelihatan tempat untuk perkhemahan.
Kemudahan elektrik juga disediakan. Berkemungkinan untuk memudahkan sebarang aktiviti yang memerlukan bekalan elektrik dilaksanakan. Cas telefon bimbit boleh tak?
Terdapat dua kawasan kemudahan tandas yang disediakan oleh pihak Majlis Daerah Tanjong Malim.
Kemudahan rekreasi untuk orang dewasa.
Pondok-pondok untuk istirehat atau berkelah disediakan.
Jejantas yang menghubungkan kawasan Pusat Memanjat dan kawasan taman permainan serta kawasan rekreasi.
Anak sungai bersebelahan jejantas yang bertentangan dengan empangan
Pusat Memanjat (Outdoor Claimbing) yang agak berlainan dan menjadi tarikan anak-anak.
Tempat yang amat excited untuk anak-anak, siap berlari lagi menuju ke tempat mendaki.
Laluan gelung ini juga dibina dengan begitu menarik sekali. Kreatif mereka yang membuat reka bentuknya.
Boleh dicantikkan untuk dijadikan tempat ternakan hidupan air.
Ini pula hotel kabin yang dibina untuk kemudahan kepada para pengunjung yang ingin bermalam dan merasai suasana malam dalam hutan.
Hijau itu kedamaian...
Jelas keceriaan dan kegembiraan anak-anak
Setelah dipertimbangkan maka, hari ini kami ke Ujana Muallim lagi. Jika sebelum ini pergi pada waktu petang, kali ini kami pilih waktu pagi.
Kebiasaannya udara akan lebih segar jika keluar pada waktu pagi. Tambahan pula kawasan Ujana Muallim ini pula terletak di kaki banjaran Titiwangsa. Tentu segar sekali apabila menghirup udaranya ananti.
Maha Besar Allah Yang Maha Berkuasa, perbekalan air kepada semua penduduk masih mencukupi.
Aku dan keluarga pernah datang sebelum ini ke Ujana Muallim ini, tetapi apabila terlihat papan pemberitahuan, kami terpaksa berpatah balik kerana melepasi waktu yang dibenarkan.
IlyTrolak: "Menjejak bayangan diri dari pemilik bayang"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan