Cara Hafal Sifir Hanya Dalam Sehari - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Sabtu, 21 Disember 2019

Cara Hafal Sifir Hanya Dalam Sehari

Percaya tak, dalam sehari sebenarnya banyak sifir anak anak boleh hafal tau.

Tapi sebelum ni, ramai je student yang nak hafal 1 sifir pun ambil masa berbulan bulan

Sebenarnya, ada cara mudah. Tapi perlukan pantauan.

Syarat pertama nak mudah hafal sifir ni, anak anak kena familiar dengan nombor. Maksud saya kena agak mahir buat operasi tambah dengan mencongak.

Kalau nombor pun jarang guna, memang susah nak hafal sifir sebab nombor itu adalah 1 benda asing buat mereka.

Ok kembali kepada cara menghafal sifir.

Ada 12 sifir yang perlu dikuasai pelajar iaitu Sifir 1 - 12.

Sifir 1 tak perlu hafal, hanya perlu ajar bahawa apa-apa darab 1 akan dapat nombor tu semula.

Jadi tinggal 11 sahaja sifir yang perlu dihafal.

Antara 11 sifir ni, boleh fokus 4 sifir paling mudah dulu, iaitu sifir 2,5,10 dan 11.

Ok saya mulakan dengan sifir 2 ya!

Beri anak anak senarai sifir 2. Kalau boleh print yang cantik2. Anak anak seronok sikit. Boleh guna yang saya berikan ni.


Ok bahagikan 12 baris sifir tu kepada 2, supaya anak tak nampak banyak sifir tu.

Teknik yang saya akan share ni adalah teknik hafal jawapan sahaja (banyak lagi teknik lain, nanti ada masa saya share).

Ok minta anak anak hafal 3 jawapan baris pertama dulu. Jika anak hebat menghafal, bagi hafal 6 baris pertama terus pun boleh.

Ok sambil hafal tu wajib keluarkan jari. Contoh 1 X 2, keluarkan jari pertama menandakan itu untuk sifir 1 X 2. 2 X 2, keluarkan jari kedua. 3 X 3 keluarkan jari ketiga. Ini bertujuan bila anak dah hafal nanti, mereka boleh kira semula jawapan untuk sifir-sifir tertentu.

Ok contoh ya

1 X 2 = 2
2 X 2 = 4
3 X 2 = 6
4 X 2 = 8
5 X 2 = 10
6 X 2 = 12

Jadi minta anak anak sebut 2, 4, 6 (sambil keluarkan jari pertama kedua ketiga).

Kemudian ambil kertas sifir tadi dan tutup.

Minta anak ulang semula.

Jika berjaya, buka balik sifir hafal baris seterusnya. Iaitu 4 X 2 = 8.

Suruh anak tutup semula sifir dan lafazkan dari atas. 2, 4, 6, 8.

Jika cantik bacaannya, suruh anak buka semula kertas sifir, baca baris seterusnya. 2 X 5 = 10. Tutup semula kertas sifir dan baca dari awal 2, 4, 6, 8, 10.

Ulang step ni sampai habis sifir 2 X 12 = 24.

Lepas dah berjaya hafal sifir 2 mengikut turutan ini, tugas parents untuk tanya anak anak sifir 2 secara rawak.

Ini untuk uji hafalan anak. Baru mereka akan melatih otak mereka untuk guna sifir tersebut. Bukan sekadar hafal mengikut turutan.

Tamat sifir 2, boleh teruskan sifir 5, 10, 11.






Sifir-sifir ini sebenarnya sekejap sahaja anak anak boleh hafal.

Bila anak anak berjaya hafal 4 sifir mudah ni, beri pujian.

Haa, tengok. Kamu dah berjaya hafal 4 sifir. Hebatttt! Sebelum ni kamu rasa susah kan. Sebenarnya boleh je hafal 😁

Biasanya lepas kita beri pujian begini, anak anak lebih semangat nak hafal dan mereka dah tahu teknik menghafal dengan betul

Hafal satu satu, ulang dari atas.

Insya Allah boleh.

Buatlah sampai sifir 12.

Dah hafal sifir, wajib buat latih tubi sifir tau.

Baru lah melekat sifir tu dalam kepala selalu.

Dan parents ingat, kalau hari ini hafal, esok mungkin anak akan lupa.

Itu normal

Jadi tugas kita untuk remind anak hafal.

Kalau dah pernah hafal sebelum ni tapi lupa, bagi mereka masa dalam 5-10 minit je bersama sifir tersebut, mesti hafal semula. Sebab nombor nombor tu dah ada dalam kepala mereka 😊.

Kalau tak percaya, cubalah.

Insya Allah anak anak boleh hafal sifir.

Tapi wajib parents tunggu depan anak.

Kejap je. Kalau takde masa, buat sehari 1 sifir pun ok.

Kalau tak tunggu bersama anak, memang anak tak akan hafal. Sebab mereka tak fokus. Fikir itu ini dan tak ada push factor.

Kalau bersama mereka, mereka akan semangat.

Dah hafal sifir banyakkan latih tubi ya.

Pastikan anak anak hafal sifir, kalau boleh kurangkan guna kaedah magic atau short cut.

Sifir ni jantung Matematik.

Kena hafal!😁

90% peserta bengkel hafal sifir saya tempoh hari dapat hafal 12 sifir terus dalam masa tak sampai sehari 💪.

Boleh juga hantar ke kelas fasih Matematik di Genius Library Learning House. Kami akan membantu anak anak anda fasih sifir dan juga topik topik lain 😊.

Nanti komen di bawah jika anak anda berjaya hafal banyak sifir dalam sehari guna kaedah ni. Insya Allah memang boleh 💪.

PS: dipersilakan share dan boleh print sifir ini. Saya harap semua anak anak hafal sifir😘














*Tips hafal sifir ini dikongsikan oleh Puan Nurul Shazalina Zainudin, founder Genius Library Learning House. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkongsian, rujuk post asal beliau DI SINI.

IlyTrolak: "Pelbagai teknik dalam mengingat dan menghafal sifir... Percubaan itu penting untuk penguasaan yang memudahkan."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

1 ulasan:

  1. terima kasih ini sangat membantu sy menghafal sifir

    BalasPadam