::::: Aku Budak Trolak :::::: Pengumuman

Blog generasi peneroka FELDA

Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

Jumaat, 1 November 2019

Sebaran Reunion Ambang 50

3:00 PG 0
Sebaran Reunion Ambang 50
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak (SEMETRO) sesi tahun 1983 hingga 1987 merupakan pelajar kumpulan pertama bagi sekolah ini. Kini kumpulan bekas pelajar ini akan mengadakan perjumpaan kali ke 4 dengan tajuk "REUNION AMBANG 50"




TENTATIF REUNION AMBANG 50
MasaAcara

BAYARAN PENYERTAAN
Seorang = RM30.00
Sekeluarga = RM60.00

SENARAI NAMA PENYERTAAN
1. Yusof (6 orang) ✅
2. Nizam ✅
3. Rizal/ijai ✅
4. Mazlina ✅
5. Zaanor ✅
6. Hamiza Mat Rabi ✅
7. Rohana ✅
8. Hazrul Riezal ✅
9. Ujang (2 orang)
10. Hamizah Othman
11. Zainab (4 org)
12. Azizah Osman ✅
13. Shafie Said
14. Noraida Jalil
15. Ghazali Wahab
16. Mazlan Abd Hamid ✅
17. Azman Shuib
18. Norzita satar ✅
19. Anis Sofian
20. Zainal Arshad ✅
21. Habibah
22. Haslim
23. Malik
24. Fadzil
25. Ahmad Rodzi
26. Jamil
27. Salman
28. Kamsol Zaidi
29. Saadiah
30. Apai
31. Suhaimi Ismail
32. Suhari Mohamed
33. Hamidza Alias ✅
34. Idris
35. Rohaya ✅
36. Salina ✅
37. Zulaila
38. Shaharudin Zakaria
39. Jaar
40. Anna Masri
41. Fadzil Saad
42. Rahim Sanusi
43. Sayuti
44. Rosnah
45. Atie Husin
46. Rozima Ahmad Zainudin.
47. Rozi Hasan ✅
48. Baharom Kadir
49. Watie
50. Nazri Ariffin
51. Rosmazila
52. Damanhuri Osman
53. Zulkifli Holidi
54. Rohayu Mohamad
55. Raju Balan
56. Shaharudin Othman
57. Mohd Sabri Mohd Sarif
58. Rabina Din ✅
59. Noradnan Mohd Saat ✅ ~ Family (4D/2K)
60. Kazapi

IlyTrolak: "Mengenang masa yang berlalu dan sisa-sisa yang ada..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Rabu, 22 Mei 2019

Belangkasuwa : Sultan Ahmad Shah Raja Disenangi Rakyat

2:38 PTG 0
Belangkasuwa : Sultan Ahmad Shah Raja Disenangi Rakyat
KUANTAN, 17 Ramadan 1440H, Rabu – Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat hari ini, adalah seorang raja yang sangat disegani rakyat kerana keperibadian almarhum yang merendah diri dan sentiasa mendampingi rakyat terutama apabila berlaku sesuatu bencana.

Almarhum yang mangkat pada usia 89 tahun memegang tampuk pemerintahan negeri Pahang selama 45 tahun sebelum diambil alih oleh anakanda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Jan lalu, ekoran keadaan kesihatan baginda yang tidak mengizinkan.

Tanpa mengira protokol dan darjat sebagai sebagai seorang yang berdarah diraja, Sultan Ahmad Shah merupakan antara orang yang terawal akan ‘menyinsing seluar’ mencemar duli melawat daerah-daerah di Pahang setiap kali berlaku bencana terutama banjir, untuk menghulur bantuan dan berkongsi derita serta keluh kesah dengan rakyat.

Walaupun Pahang merupakan antara yang kerap dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh, namun baginda tidak pernah jemu untuk meranduk air, berhujan dan menaiki bot bagi membantu mangsa dan pernah mengerah tukang masak istana memasak untuk mangsa banjir di pusat pemindahan.

Bagi Sultan Ahmad Shah, rakyat adalah keutamaan dan baginda yang lebih mesra membahasakan dirinya `saya’ juga sentiasa memantau pembangunan di Pahang dan tidak teragak-agak untuk menegur pihak yang terlibat jika mendapati sesuatu projek itu boleh membawa mudarat kepada rakyat.

Ini terbukti apabila Almarhum menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di Cameron Highlands November 2014.

Begitu juga semasa kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada November 2015, walaupun dalam keadaan keuzuran, baginda tetap turun padang melihat sendiri keadaan itu dan mengarahkan penyelesaian dicari bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.

Di kalangan pengamal media pula baginda turut disayangi dan disenangi kerana sifat mesra baginda yang tidak keberatan untuk ditemubual setiap kali ditemui disatu-satu majlis.

“Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” itulah ungkapan yang sering diucapkan menjadi pegangan baginda sehinggalah ketika baginda mula jarang kelihatan di khalayak umum kerana gering sebelum menyerahkan jawatan itu untuk dipangku oleh anakandanya Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 28 Disember 2016.

Sultan Ahmad Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930. Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah.

Almarhum menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Walaupun pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II, namun baginda mengambil kesempatan itu untuk turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Apabila perang Dunia ke II berakhir, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah.

Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang apabila peperangan tamat.

Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tingi dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Universiti Oxford dan Universiti Exeter, Devon United Kingdom dalam bidang pentadbiran tempatan.

Tuanku juga berkesempatan menjalani latihan amali di Sidmouth Urban District Council selama tiga tahun.

Sultan Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan Tengku Muhammad pada 22 April 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri.

Putera dan puteri baginda ialah Tengku Tan Sri Meriam, Tengku Datuk Seri Muhaini, Tengku Datuk Seri Aishah Marcella,Tengku Abdullah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Datuk Nong Fatimah, dan Tengku Datuk Shahariah.

Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera. Tengku Fahd Mu’adzam Shah Sultan Ahmad Shah.

Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada usia 14 tahun dan ketika berusia 35 tahun, baginda pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab Pahang.

Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Sultan Pahang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar pekan setahun kemudian iaitu pada 8 Mei 1975.

Baginda kemudian dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Ke-6 dan telah melaksanakan tugas sebagai ketua negara apabila dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-7 yang memerintah negara 26 April 1979 hingga 25 April 1984.

Lain-lain jawatan yang pernah disandang baginda termasuk Ketua Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) 1 Julai 1983, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari tahun 1984 sehingga 2014. Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 1994 sehingga 2002. serta dipilih menjadi Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) pada 2011. – BERNAMA

IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Sabtu, 2 Jun 2018

Selamat Menyambut Nuzul Quran 1439 Hijrah

12:00 PG 0
Selamat Menyambut Nuzul Quran 1439 Hijrah
Firman Allah SWT:

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”
(Surah As-Sad: 29)

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

IlyTrolak: "Selamat Mengingati Peristiwa Nuzul Quran"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.