Kucing berak merata-rata dan kencing sesuka hati sama ada di dalam rumah atau di luar rumah pasti akan meninggalkan bau yang sangat busuk dan hancing sehingga menyebabkan kita tidak selesa untuk melakukan tugas dan aktiviti harian. Inilah tabiat kucing jika dia membuang najis tentu masih di tempat sama walau berpuluh kali anda membersihkannya.
Sebenarnya, sebagai seorang pembela kucing anda wajib tahu cara urus najis kucing dan cara mengajar kucing buang najisnya di tandas atau sekurang-kurangnya petua elak kucing berak di tempat yang sama sebaiknya di tempat yang dikhaskan untuknya untuk membuang segala kekotoran.
Mulai sekarang, anda semua tidak perlu lagi rungsing memikirkan masalah kucing berak kerana perkongsian daripada Puan Ella Ahmad ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu menyelesaikan masalah anda iaitu cara hilangkan bau kencing kucing di rumah. Jom ikuti apakah yang dikongsikan wanita ini.
Kencing atau tahi kucing bersepah-sepah dekat garaj kereta. Pernah tak jadi macam ni? Yang letak air merah (air sirap) dalam botol dah tak jalan. Kucing sekarang dah sekolah.
Ok, saya nak kongsi apa yang saya buat supaya kucing-kucing ini tak berak dan tak kencing lagi dekat garaj kereta. Resepi ini saya buat sendiri mengikut logik akal dan resepinya sangat mudah dan simple.
Bahan-bahan dan caranya:
1. 7 hingga 10 titis cuka makan (pada firasat saya, bau dia masam dan busuk, so kucing tak suka nak kencing atau berak kat tempat yang telah disembur itu).
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisahlah brand apa, sebab nak bagi wangi sikit je. Sebab kalau letak cuka saja, nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni, wangilah sikit baunya).
3. Air paip (agak-agak lah sampai penuh bekas spray seperti dalam gambar).
Haa, semua bahan dah dicampurkan dalam ni, goncang-goncangkan, dah boleh spray kat tempat mana yang kucing suka berak atau kencing. Alhamdulillah setakat ni, garaj kereta saya dah bebas bau kencing kucing. Kalau tak, buka je sliding door rasa nak pengsan.
Spray la dua hari sekali. Kalau rajin, spray hari-hari pun tak pe, selamat mencuba semua.
Petua Elak Kucing Berak Sesuka Hatinya
Berikut adalah antara petua untuk mengelakkan kucing berak di merata tempat sesuka hatinya yang dikongsikan netizen di Facebook.
1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja berak, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
2. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.
3. Bau dari serai tidak disukai kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam rumah. Anda juga boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
Petua Halau Kucing Buang Najis di Halaman Rumah
Kepada mereka yang rungsing dengan keadaan kucing yang sering melepaskan hajatnya di depan rumah, di halaman, di kawasan bercucuk tanam dan sebagainya. Ini adalah petua yang berkesan yang dikongsikan oleh Puan Rose Eima bagaimana beliau dapat menghalau kucing berak di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
Menurut beliau, jika kucing anda suka membuang najis di tempat yang disebutkan tadi, anda hanya perlu menggunakan buah limau kasturi beberapa biji dan diperah airnya serta dimasukkan ke dalam bekas spray sebelum disemburkan ke tempat di mana kawasan yang selalu adanya najis kucing yang menandakan haiwan ini sering membuang di kawasan tersebut.
Dengan mengamalkan petua ini katanya, masalah tersebut dapa diselesaikan dengan jayanya. Tiada lagi masalah kucing berak, najis berbau dan sebagainya. Sebaiknya diamalkan secara kerap jika anda mempunyai bilangan kucing yang banyak. Insha Allah tiada lagi bau yang tidak menyenangkan.
Cara Melatih Kucing Agar Membuang Di Tempatnya
Berikut kami kongsikan tutorial untuk mereka yang ingin mengajar kucing supaya tidak membuang najisnya merata-rata.
Semoga perkongsian artikel berkaitan dengan petua kucing berak merata ini akan membantu semua pemilik kucing menyelesaikan masalah ini dengan segera. Semoga bermanfaat.
--- PressReader

IlyTrolak: "Kucing berak merata, Tuan buat tak tau, maknanya..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Saya dah cuba guna ubat gegat. Memang berkesan.
BalasPadamhttps://pondokajip.blogspot.com/2020/09/cara-aku-elak-kucing-dari-melepasberak.html
Terima kasih atas cadangan... Insya Allah kita semua boleh mencubanya...
Padam