Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 3 - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Khamis, 5 Disember 2019

Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 3

BAGAIMANA MENGURUSKAN URUSNIAGA PENGIRIMAN POS ANDA?

Langkah Pertama

Untuk permulaan, tempatkan iklan anda di dalam penerbitan akhbar-akhbar harian, mingguan atau di tempat-tempat kawasan rumah anda seperti pintu masuk pusat membeli belah, pusat bimbingan, akhbar iklan kelas percuma, bangunan pangsapuri, kedai pusat kecantikan dan solekan, perpustakaan, kawasan maktab, persatuan-persatuan, pusat-pusat kaum, kedai kemudahan, kedai runcit, papan buletin, pusat-pusat penempatan pekerja di bawah tajuk PELUANG PERNIAGAAN atau JAWATAN KOSONG.

Di bawah ini, kami telah sediakan contoh-contoh iklan yang boleh anda pertimbangkan.

Anda juga boleh mencuba idea anda sendiri, kerana idea sendiri lebih berkesan di dalam menguruskan program ini kerana kami hanya memberikan maklumat dan panduan teori dan bergantung pada praktikal anda untuk menyesuaikan urusniaga anda dengan program ini.

Sambil itu, jangan lupa untuk meminta kepada bakal pelanggan anda di dalam program ini untuk menyediakan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem.

Seandainya anda gagal berbuat demikian, anda akan berbelanja besar untuk membeli sampul surat dan setem. Sila rujuk di dalam ruangan contoh-contoh iklan

Apabila iklan anda telah disiarkan di dalam akhbar harian atau mingguan, ramai para pelanggan-pelanggan anda yang berminat ingin menghubungi anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan iklan yang telah anda siarkan sebelum ini, ia sama seperti mana yang anda menghubungi kami melalui surat beralamat sendiri dan bersetem anda sebelum ini kepada kami.

Langkah Kedua

Pertama - yang perlu anda lakuakan ialah dengan mengecop atau menaipkan nama dan alamat rumah anda di ruangan kosong yang telah disediakan di bawah perkataan "HANTARKAN KEPADA" di dalam risalah . katalog pekeliling yang telah disertakan bersama-sama buku panduan ini. (Sila lihat contoh yang telah disertakan bersama-sama dengan buku panduan ini)

Kedua - sila buat fotostat "RISALAH PENGIRIMAN MEL-TERUS DARI RUMAH" ini yang telah disediakan beserta dengan buku program ini, di mana telah ditaipkan atau dicopkan atas nama dan alamat rumah anda sebanyak 50 - 100 salinan. (Ini adalah untuk peringkat permulaan)

Ketiga - Sila lipatkan dan susunkan risalah . katalog yang telah anda fotostatkan terdahulu dan simpankannya di satu tempat.

Tujuan kerja-kerja ini adalah untuk anda melaksanakan persiapan rapi sebelum urusniaga pengiriman anda bermula.

CONTOH-CONTOH IKLAN

  1. Memperolehi Wang Dengan Senang - Jual maklumat mel. Kaedah yang menguntungkan, kejayaan terjamin, keterangan lanjut yang percuma : ABC Marketing (atau Nama Anda), Batu Caves, 68100 Selangor.
  2. Peluang Perniagaan Memulakan satu kelengkapan perniagaan. Ulasan percubaan yang percuma. Untuk keterangan lanjut hantarkan ke: ABC Marketing (Atas nama anda), Batu Caves, 68100 Selangor.
  3. KKonsep Perniagaan RM500 Seminggu Untuk keterangan lanjut hantarkan nama dan alamat bersetem ke Syarikat ABC Marketing, Batu Caves, 68100 Selangor.
  4. Tunai Harian alam peti surat anda! Maklumat Percuma! Peluang yang amanah! Tuliskan kepada ABC Marketing, Batu Caves, 68100 Selangor
  5. Bekerja Sambilan Di Rumah Kami memerlukan dua puluh oang pekerja menguruskan katalog jualan. Pendapatan RM180 seminggu, Sila tulis nama dan alamat anda.
  6. Peluang Perniagaan Sambilan Menguruskan Katalog Jualan Pendapatan RM180 hingga RM480 seminggu, Tulis nama dan alamat anda

Langkah Ketiga

Setelah anda memperolehi tindak balas surat pertanyaan daripada bakal pelanggan anda iaitu daripada hasil pengiklan anda yang terdahulu, paa yang perlu anda lakukan yang seterusnya ialah dengan memasukkan ke dalam sampul surat bersetem yang telah disediakan oleh bakal pelanggan-pelanggan anda dan hantarkan risalah Pengiriman Mel-Terus Dari Rumah yang telah difotostat sebelum ini kepada pelanggan-pelanggan anda melalui pos biasa dengan segera.

Mengikut sumber analisis kami, anda akan menerima jawapan daripada mereka dalam masa 5 - 14 hari dari tarikh penghantaran risalah / katalog anda. Dianggarkan 5% - 10% pembeli akan membayar untuk menyertai urusniaga yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mengedarkan 100 risalah kepada pelanggan-pelanggan anda dan didarabkan dengan 10% = 10 pembeli, didarabkan dengan RM30 = RM300 seminggu,

Bagaimana jika ana mengedarkan 200 - 300 surat jualan seminggu?

Dengan mudah anda akan memperolehi pendapatan sebanyak RM600 - RM900 seminggu / sebulan.

Itu hanya 10% daripada hasil pengedaran risalah / katalog pekeliling anda.

Bagaimana jika jualan anda dapat mencapai 15% seminggu? Tentu sekali pendapatannya akan lebih besar dan lumayan lagi!.

Langkah Empat

Sebaik sahaja pelanggan anda mula mengirimkan wang pos untuk membuat pesanan daripada anda, apa yang perlu dilakukana seterusnya ialah dengan memfotostatkan pula "BUKU PENGIRIMAN MEL-TERUS DARI RUMAH", di mana yang telah anda perolehi dari kami dahulu beserta surat risalah / katalognya sekali - (Di sini, ruangan nama dan alamat risalah / katalog tersebut mestilah dikosongkan atau dipadamkan sebelum dihantarkan kepada pelanggan-pelanggan anda yang memesan kepada anda seperti mana yang kami lakukan dahulu dan hantarkan kepada anda - pendek kata, anda mesti berikan apa yang telah kami berikan kepada anda sebelum ini)

Jika 10 pelanggan yang memesan buku panduan tersebut, anda mestilah menghantar pesanan mereka kepada 10 Buku Panduan dan 10 Surat Risalah / Katalog Kosong setiap seorang.

Ini akan memudahkan mereka pula untuk menjalankan urusniaga yang sama seperti mana anda lakukan sebelum ini.

Sekarang cuba anda bayangkan, satu pesanan bernilai RM30, anda akan dapat menikmati akan hasilnya.

Jika 10 pesanan - RM300 dan dalam sebulan dengan mudah anda akan memperolehi di antara 50 - 100 pesanan maka RM1500 - RM3000 sudah berada di dalam tangan anda. Mudah bukan!!!

Tetapi semua ini bergantung kepada tindak balas dari kekerapan pengiklanan anda.

Jika anda kerap kerap mengiklankan urusniaga anda dan meletakkan iklan anda kepada 2 - 5 surat khabar sama ada harian atau mingguan sudah tentu anda akan memeprolehi lebih banyak tindak balas dari bakal pelanggan anda berbanding dengan mengiklankan kepada hanya 1 akhbar sahaja.

Perlu kami ingatkan di sini bahawa anda perlu menolak kos pengiklanan dan fotostat serta envelop sebelum anda mendapat keuntungan bersih.

Sekarang anda telah pun mempunyai modal pusingan. maka mulakan dengan langkah yang seterusnya untuk memperluaskan operasi urusniaga anda iaitu mendaftar urusniaga dengan pejabat pendaftaran yang berdekatan. Sila rujuk Bab 3 iaitu Maklumat Urusniaga.

Meluaskan Operasi Urusniaga

Dengan ini anda berada di tengah-tengah mercu kejayaan dan jangan anda sampai di sini sahaja, kerana banyak lagi yang perlu anda pelajari di dalam urusniaga ini.

Dengan pembukaan syarikat anda yang baru, sudah tentu kerjaya anda akan lebih meluas lagi di mana anda akan menjadi seorang pengurus dan pemilik sah kepada syarikat baru anda.

Tentu anda memerlukan pengetahuan perniagaan undnag-undang yang akan kami berikan maklumat yang terperinci di dalam muka surat seterusnya.

Jangan risau apabila kami menyebutkan tetang undang-undang kerana ia bukan untuk menyusahkan anda malah membantu anda mnguruskan perniagaan anda secara jujur dan ikhlas.

Ia juga memastikan kita supaya tidak terkeluar dari lunas-lunas yang telah disediakan malah kita terpelihara dari melakukan jenayah perniagaan yang amat ketara pada masa kini.

IlyTrolak: "Ini artikel lama, menggunakan mel... cuba tukarkan mengikut teknologi atau aplikasi semasa..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan