Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 2 - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Rabu, 4 Disember 2019

Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 2

PENGENALAN PROGRAM

Panduan Dan Pengetahuan

Tentu ada masih bertanya-tanya, bagaimana anda ingin memulakan untuk menguruskan program urusniaga anda sendiri, dengan kekurangan pengetahuan dan pengalaman mengenainya.

Usah bimbang kerana anda telah memiliki seorang rakan yang sedia membantu anda melalui program ini.

Secara keseluruhannya, program ini menjadikan anda seorang ahli KO-OP PENGEPOS yang aktif di mana anda akan terlibat dengan secara langsung tentang matlamat strategik pemasaran katalog sebagai permulaan urusniaga anda dan sebagai tapak permulaan mengukuhkan lagi urusniaga anda.

Sebelum kami menunjukkan kepada anda, bagaimana untuk bermula untuk memperolehi pendapatan yang lumayan dan berterusan berkenaan program pendapatan mel-terus ini, ingin kami memperkenalkan kepada anda serba sedikit berkenaan tujuan dan konsep perniagaan berasaskan dari rumah ini.

Operasi Urusniaga

Apabila perniagaan anda telah kukuh dan mempunyai sedikit modal pusingan nanti, (di mana akan kami terangkan kepada anda sebentar lagi) maka di sini, barulah anda akan dapat beroperasi sebagai orang tengah kepada syarikat-syarikat yang ingin menjualkan hasil keluaran barangan mereka kepada pelanggan-pelanggan.

Di sini anda akan dapat memulakan operasi anda dengan syarikat-syarikat yang anda pilih untuk berurusniaga dengan mereka dan akan dapat berhubung dengan ramai pelanggan-pelanggan di seluruh negara.

Anda juga akan memeprolehi pelanggan-pelanggan yang ramai dan wang yang mencurah-curah masuk ke dalam poket anda sehinggakan pada satu masa anda tidak dapat menguruskan urusniaga anda dengan baik akibat urusniaga yang banyak dan berterusan.

Kerani Urusniaga

Maka terfikir oleh anda untuk menggajikan seorang kerani untuk menguruskan urusan yang tidak teratur itu. Tetapi anda bimbang kerana mungkin satu suku dar hasil pendapatan anda akan lenyap begitu sahaja setiap bulan.

Di sini, terfikir oleh anda untuk memiliki sebuah komputer baru ataupun yang terpakai bagi menggantikan kekosongan jawatan kerani tersebut.

Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa dan menguruskannya dengan lebih teratur di dalam urusniaga maklumat berasaskan dari rumah ini.

Mari kita berbalik pada peringkat permulaan urusniaga anda iaitu Pemasaran Maklumat Dan Katalog.

Kesungguhan

Kebanyakan orang menghabiskan masa bertahun-tahun dan perbelanjaan yang besar untuk kursus kedoktoran dan kemudiannya tidak bercadang untuk menjadi seorang doktor.

Terdapat juga orang membelanjakan RM12.95 untuk sebuah buku cara-cara menanam pokok bunga tetapi tidak pun menanamkannya.

Di dalam kedua-dua kes tersebut di atas, mereka tidak mengharapkan bayaran semula oleh pihak universiti dan penanam pokok bunga dan tidak juga menyalahkan dan mencerca penerbit buku.

Kami harap anda tidak sedemikian serta jangan menyalahkan kami jika anda sendiri tidak mahu berusaha. Ianya amat mudah jika anda memahami bagaimana panduan program ini bekerja untuk anda.

Pengendalian Isi Program

Kami telah mengabiskanmasa dengan penuh kesukaran dan perbelanjaan yang besar untuk menyiapkan maklumat ke dalam program ini.

Ulangkaji program ini dengan teliti dan mulakan urusniaga anda, kemudian anda akan dapat memperolehi wang anda seberapa banyak yang akan kehendaki seprti seperi mana pengepos-pengepos sambilan lain yang telah pun menikmatinya hasil dari usaha mereka sendiri.


Ia menitikberatkan wawasan kita ke arah idea-idea baru, pengalaman dan pengetahuan yang menyeluruh ke atas teknik Usahawan-Usahawan Malaysia ke arah kejayaan, kerana kejayaan itu adalah satu perjalanan bukan destinasi.

Jika anda sanggup bekerja keras dan sanggup menggunakan kebijaksanaan anda. pakar-pakar dan ahli profesional kami sedia membekalkan maklumat yang perlu anda dipelajari dan seterusnya membimbing anda dari peringkat demi peringkat untuk arah kejayaan anda.

Pimpinan Program

Sekarang kami ingin memimpin dan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk memulakan urusniaga anda satu persatu sambil membina tapak yang kukuh, kewangan yang teratur dan bagaimana cara memperolehi wang yang mudah untuk memulakan urusniaga anda keran anda memerlukan sedikit modal pusingan seperti barangan alat tulis, pengecop nama dan alamat kedai anda ** (surat yang mempunyai tanda perniagaan dan pendaftaran perniagaan) - tidak wajib, ini bergantung kepada kemampuan anda.

Jika anda tidak mempunyai modal yang banyak, anda boleh menggunakan nama dan alamat rumah anda sendiri untuk urusniada.

IlyTrolak: "Relevan lagi ke untuk masa kini?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan