Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 1 - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Selasa, 3 Disember 2019

Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 1

PENDAHULUAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda kerana telah memilih PENDAPATAN PENGIRIMAN MEL TERUS DARI RUMAH ini. Anda telah mengambil langkah bijak untuk membina kerjaya kerjaya anda sebagai seorang usahawan aktif. Beserta minat yang tinggi sudah tentu anda menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Ketika menjejak halaman PENDAPATAN PENGIRIMAN MEL TERUS DARI RUMAH ini, anda sudah layak untuk memulakan tugas anda selaku Pengurusan Perniagaan. Pengiriman secara persendirian dengan disertakan cara dan langkah-langkah yang terperinci dalam halaman ini.

Ikutilah dengan cermat dan telitikan langkah-langkah tersebut satu persatu.

Sekiranya anda masih kurang faham ddengan langkah-langkah tersebut, sila buat ulangkaji semula dengan perlahan-lahan, nescaya anda akan memperoleh kefahaman yang lebih.

Berfikirlah dengan bijaksana nescaya anda akan memperoleh pengetahuan yang berguna untuk anda berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai matlamat dan keinginan anda selama ini.

Anda akan dapati penduan ini amat menyeronokkan dan mudah. Ini adalah kerana anda bekerja mengikut masa yang anda tetapkan sendiri, ditambah pula dengan pendapatan yang sungguh lumayan bagi hasil kerja anda!


PENGENALAN PENGIRIMAN MEL TERUS ANDA

Ini adalah peluang julung kali program pendapatan seumpama ini diberikan kepada anda. Laporan dan maklumat padat mengenai idea-idea, pengalaman, pengetahuan dan teknik-teknik urusniaga dari usahawan-usahawan Malaysia yang telah berjaya.

Jika anda sanggup berusaha sambil menggunakan kebijaksanaan anda, saya sedia membekalkan maklumat yang perlu anda ketahui, seterusnya membimbing anda peringkat demi peringkat untuk mencapai kejayaan dan pendapatan lumayan yang anda impikan selama ini.

Program ini telah terbukti berjaya di luar negara seperti di USA dan negara-negara barat, akan tetapi ia agak baru di dalam bidang perniagaan berasaskan dari rumah di negara-negara Asia Tenggara khususnya di Malaysia.

Ia direka khas oleh pakar usahawan-usahawan terdahulu untuk menjimatkan perbelanjaan syarikat-syarikat kecil dan sederhana di dalam bidang operasi perniagaan mereka, terutama syarikat yang terlibat di dalam bidang perniagaan dan pemasaran.

Di sini idea pemasaran barangan dan jualan secara pos mengambil peranan penting di dalam mengendalikan operasi syarikat-syarikat tersebut.

Di dalam struktur dan strategi syarikat, mereka cuba mencari teknik-teknik pemasaram dan jualan barangan mereka dengan cara yang lebih cepat, canggih dan menjimatkan perbelanjaan syarikat.

Pelbagai usaha dijalankan untuk memasarkan barangan keluaran mereka seperti mengiklankan di media massa, televisyen, radio, majalah, akhbar tempatan, supermarket, secara telefon, malah menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk memberi seminar-seminar awam dan mengambil pegawai-pegawai pemasaran untuk memasarkan hasil barangan mereka ke rumah-rumah pelanggan.

Cuba anda bayangkan berapa banyak wang dan amasa yang telah digunakan untuk usaha tersebut, tetpai ia mempunyai satu matlamat dan tujuan iaitu TEKNIK PEMASARAN.

Tentunya di zaman komputer dan teknologi maklumat yang canggih ini, mereka telah mencipta teknik pemasaran yang luar biasa yang belum pernah kita gunakan di rantau ini.

Tetapi kesemuanya memerlukan belanja yang besar dan di luar kemampuan syarikat-syarikat kecil dan sederhana untuk mengendalikan operasi tersebut.

Maka timbul idea untuk menjalankan pemasaran yang menjimatkan dan berkesan dengan terciptanya program seumpama ini iaitu pemasaran barangan dan katalog jualan kepada pelanggan secara pos.

Di sini terletaknya peranan anda sebagai usahawan baru di mana syarikat-syarikat tersebut menawarkan bonus dan komisyen yang lumayan kepada usahawan yang mengendalikan hampir setengah operasi syarikat mereka.

Anda dikehendaki mengikuti program ini seterusnya dengan teliti dan mengulangkaji selalu, jika anda masih tidak memahami tentang maklumat dan panduan berkenaan operasi urusniaga ini.

Program Pendapatan Pengiriman Mel-Terus Dari Rumah ini terdiri daripada beberapa bab-bab penting yang akan diterangkan dengan terperinci di dalam laman-laman seterusnya.

Ingin saya tegaskan di sini, bahawa maklumat yang terkandung di dalam program ini adalag secara teori sahaja, manakala praktikalnya adalah bergantung kepada keupayaan, kesungguhan dan daya usaha anda sendiri untuk mengendalikannya dengan lebih sistematik dan efisyen.

Bertindak sekarang! Anda akan dapat memajukan diri anda dengan mencapai gaya hidup yang anda idamkan selama ini.


IlyTrolak: "Artikel lama yang disiarkan semula untuk rujukan sahaja."

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan