Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 4 - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Jumaat, 6 Disember 2019

Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 4

RINGKASAN URUSNIAGA

Pemasaran Secara Pos

Ramai pelanggan-pelanggan membeli secara mel, mengapa??? Cuba kita bayangkan dan perhatikan persekitaran kita menjadi lenih merumitkan seperti gas bertambah mahal, minyak petrol melambung tinggi harganya, kesukaran mencari tempat letak kenderaan yang sesuai untuk membeli belah serta kesesakan lalu lintas, ditambah pula dengan pembaziran waktu dan wang.

Bancian Pakar Pemasaran

Menurut bancian pakar pemasaran barat mendapati lebih sembilan puluh juta pelanggan membeli RM50 barangan melalui pos setiap tahun.

Pemasarannya amat luas dan di luar kemampuan syarikat-syarikat gergasi menguasainya, apatah lagi syarikat kecil dan sederhana.

Ini baru 10% dari nilai pasaran yang sebenar pada setiap tahun. Pasarannya yang luas meyakinkan kita untuk berurusniaga.

Ia mungkin memeranjatkan anda bahawa kebanyakan mereka mengeposkan apa yang dipanggil sebagai Surat Jualan Komisyen. Kejayaan mereka terbukti akan meyakinkan kita tentang cara perniagaan ini.

Pengiklanan Classified

Ianya penting, mudah dan murah untuk memulakan urusniaga pesanan melalui pos ini.

Letakkan iklan yang teratur dan bersesuaian dengan idea anda dan wang akan datang mencyrah-crah ke dalam peti surat anda.

Hanya dengan cara ini, anda akan dapat memusingkan keperluan kewangan syarikat anda.

Perhatikan kedudukan kewangan anda dengan teliti dan cermat. Satu perancangan yang rapi dan dilaksanakan dengan betul boleh mengubah kedudukan anda dari jatuh terperangkap ke dalam kemelesetan ekonomi.

Pengetahuan dan kesungguhan adalah kunci kejayaan di dalam sebarang bidang perniagaan terutamanya perniagaan secara mel ini. Maka, kuatkan semangat anda untuk bekerj alebih keras lagi untuk menikmati matlmat yang anda idamkan selama ini.

Nenjadi Professional

Rahsia seorang professional yakni pertama kita mesti sedar pesanan melalui mel ini adalah satu teknik pemasaran dan penjualan yang mempunyai perundangannya yang tersendiri. Di dalam hal ini, perniagaan ini tiada perbezaan dengan perniagaan yang lain.

Perundangannya ialah kita boleh memulakannnya dan berhenti pada bila-bila masa yang kita kehendaki.

Kedua, kita perlu ingat dan faham mengenai akta-akta syarikat dan perniagaan sambil mengetahui cara-cara untuk menggunakannya.

Untuk leboh berjaya , kita perlu ada cara, idea strategi dan pelan yang tersusun rapi.

Idea anda perlulah diperbaharui demi mengikut peredaran zaman sekarang ini, yakni zaman teknologi maklumat dan berkomputer. Apa yng kami maksudkan di sini ialah anda perlu lebih cepat dan cekap dari orang lain dlam mnegendalikan urusan pemasaran secara pos ini.

Sebagai contoh, anda perlu mengikut perkembangan terbaru setiap syarikat yang anda pasarkan barangan keluaran mereka yang terbaru dan di manakah arah tujuan para pelanggan anda.

Perkembangan pengeluar juga harus dititikberatkan yakni barangan yang laris di pasaran pada masa kini.

Yang membezakan urusniaga mel ini, ia tiada hubungan perseorangan dengan pelanggan secara terus. Tidak memerlukan pengalaman bercakap untuk mempengaruhi pelanggan. Tiada pilih kasih serta perkauman.

Selagi ada posmen menghantar surat anda, maka selagi itulah anda berterusan mengendalikan urusniaga ini kepada sesiapa san di mana saja.

Menakjubkan

Sesuatu yang menakjubkan bagi urusniaga ini ialah anda boleh memasarkan dan menjual barangan yang banyak berharga beribu-ribu ringgit tanpa memerlukan stor atau gudang menyimpan barangan tersebut. Juga tanpa kesukaran menghantar barangan tersebut kepada pelanggan anda melalui kenderaan kerana urusan mel yang canggih dan cepat pada masa kini. Ini menjimatkan masa dan wang anda iaitu apabila pesanan dibuat oleh pelanggan anda.

Anda hanya perlu memberi tahu pembekal untuk mengirimkan pesanan barangan tersebut terus kepada pelanggan.

Ya, anda cuma menjadi orang tengah di antara pelanggan dan pengeluar, di mana anda mewujudkan penjualan yang hanya di atas kertas katalog yang anda kirimkan kepada pelanggan, seterusnya anda menikmati tawaran bonus dan komisyen dari pengeluar, pengilang, pembekal. Secara langsung anda menjadi pengedar kepada syarikat tersebut.

Status Perniagaan

Status perniagaan yang baik adalah perkara yang paling diutamakan. Sekiranya anda menikmati faedah urusniaga sebagai seorang yang professional, anda harus mempelajari bagaimana untuk berbuat demikian.

Memperlengkapkan diri anda dengan pengalaman dan pengetahuan bukan sukar kerana semua urusniaga di dalam perniaaan ini adalah dijalankan secara mel.

Pelanggan, pengeluar, pengilang, pembekal dan ahli perniagaan yang lain tidak akan melihat dan mengetahui siapa anda. Yang mereka tahu hanya kertas dan syarikat anda. Sebab itu, anda harus memupuk status perniagaan anda dengan stabil dan cemerlang dengan bantuan dan nasihat pakar dalam menguruskan program ini.

Nama Perniagaan

Memilih nama perniagaan dalam urusniaga ini amat dititikberatkan kerana ia memberi gambaran akan kecemerlangan atau kelemahan syarikat anda. Di masa kini ramai melihat dan membuat sesuatu keputusan melalui pandangan kulit luar sahaja, tanpa melihat dahulu isi kandungan sesuatu perkara.

Oleh itu, untuk menarik minat para pelanggan terhadap iklan anda atau sipaya pengeluar melayan anda dengan baik, anda mesti namakan syarikat anda ndengan nama yang sesuai untuk menarik minat dan memberi keyakinan mereka terhadap syarikat anda.

Nama yang dipilih mestilah memberi gambaran yang membuktikan bahawa anda benar-benar menjalankan perniagaan. Pilih nama yang mudah tetapi benar-benar bermakna. Sebagai contoh Comstok Associates, General Dyanmic, Global Trading, Rahim & Co dan sebagainya.

Anda boleh meletakkan apa sahaja nama-nama tanda perniagaan anda seperti Associates, Enterprise, Trading dan Co kecuali Corporation Inc atau Limited (Ltd).

Daftar nama pilihan anda di pejabat pendaftaran perniagan yang berdekatan dengan tempat kediaman anda.

Seandainya anda tidak ingin memulakannya dengan tanda nama pernigaan, anda boleh menggunakan nama anda sendiri. Walaupun ianya nama anda sendiri, ia mesti didaftarkan kerana ia adlah ketetapan pejabat pendaftaran perniagaan Malaysia.

Apakah Alamat Diperlukan?

Alamat yang digunakan untuk iklan anda terpulang kepada anada sendiri kerana anda mempunyai pilihan, sama ada untuk dihantarkan terus ke rumah anda ataupun menyewa peti surat di pejabat pos besr berhampiran berhampiran dengan kediaman anda, di mana menyediakan perkhidmatan peti surat.

Yuran yang dikenakan adlaah sebanyak RM80 setahun. Tetapi, kami mencadangkan supaya anda menggunakan alamat rumah anda dahulu kerana ia memudahkan dan menjimatkan belanja.

Jika anda sudah mampu dan yakin akan permintaan pelanggan di masa akan datang, barulah anda menyewa perkhidmatan peti surat.

Selain itu, alamat yang anda gunakan tersebut akan mengukuhkan lagi serta meyakinkan imej perniagaan anda. Ini akan menghasilkan lebih ramai lagi pelanggan yang berminat dengan iklan yang anda siarkan.

Komputer, Mesin Taip dan Kepala Surat

Walaupun tulisan tangan anda kelihatan kemas dan rapi, sebagai langkah ke hadapan, kami menasihatjan anda supaya mengunakan mesin taip ataupun komputer sama ada baru atau pun terpakai kerana ia bukan sahaja dapat mengendalikan urusniaga anda dengan teratur tetapi boleh membuatkan kepala surat dan grafik-grafik penting untuk urusniaga anda. Denganharga serendah RM 1500 untuk komputer dan printer terpakai daripenjual alat-alat pejabat terpakai, anda masih mempunyai modal lebihan yang anda dapat terdahulu untuk pusingan kewangan anda. Seandainya anda tidak mampu berbuat demikian,anda bolehlah membeli satu mesen taip baru dan buatlah rubber stempt yang mempunyai nama dan alamat anda untuk dicopkan sebagai kepala surat. Anda juga boleh meminjam mesen taip atau komputer daripada rakan anda ataupun mengupahkan orang untuk menaip atau mencipta kepala surat.Jika anda menggunakan surat yang mempunyai jenama perniagaan anda bererti pengeluar,pembkal dan pelanggan akan melayani anda dengan secara professional.Sebagai tambahan ,anda juga memerlukan peralatan alat tulis seperti kertas kosong,sampul surat,pengecap,rubber stempt dan lainyang difikir perlu untuk melicinkan pengurusan perniagaan anda.

Meningakatkan Ganjaran

Anda perlu menghubungi pihak pengeluar barangan untuk mendapatkan katalog jualan mereka dan maklumat terperinci mengenal komisen dan bonus tawaran mereka dari masa ke semasa. Dengan ini anda mempunyai maklumat terbaru mengenai barangan yang hangat dipasaran pada masa kini.Sila rujuk Bab 5 untuk senarai Syarikat-Syarikat Luar Negari dan Syarikat Yang Di Dalam Negeri. Pilihlah secara rambang yang mana anda sukai dan tuliskan kepada mareka mengenai minat anda untuk menjadi pengedar untuk meraka melalui pos .Anda juga oleh mencari syarikat-syarikat yang memasarkan barangan yang hangat dipasarakan melalui akhbar harian utamaseta'yellow pages'.Disinianada boleh berhubung terus kepada syarikat-syarikat tersebut untuk mendapat penjelasan dengan lebih lanjut bagaiman anda mendapat memasarkan barangan keluaran mereka seperti yang anda telah pelajari sebelum ini dan tunjukkan kepada mereka pelan pemasran anda dengan jelas dan efiksen dengan menghantarkan kepada mereka satu surat rasmi atau menelefon mereka terus. dengan cara ini anda dapat menambah dan mempertingkatkan taraf kehidupan anda dengan mndedahkan diri anda kepada peluag-peluang perniagaan yang baru dan lumayan.Melalui pengiriman pos anda dapat menjual atau memasarkan apa shaja poduk barangan yang terlintas dihati anda ,asalkan ia dapat memberi pualngan yang menguntungkan. Ole itu,bukakan minda anda seluas-luasnya untuk mengharungi dan menghadpi kerjaya yag mencabar dan menguntunkan ini.

Kebanyakan katalog-katalog barangan adalah secara percuma, cuma anda perlu menanggung urusan posnya sahaja. Apabila segala katalog telah sedia ada maka poskan kepada pelanggan anda, di mana senarai pelanggan tersebut boleh didapati di Bab 6 untuk Nama-Nama Pelanggan Di Luar Negara dan senarai Nama-Nama Pelanggan Di Dalam Negeri. Anda juga boleh memperolehi nama-nama pelanggan ini samada individu ataupun syarikat di dalam yellow pages atau majalah-majalah dan akhbar-akhbar harian utama atau mingguan.

Poskan mengikut plan dan target anda sendiri. Mungkin anda mengeposkan sebanyak 300 katalog.Daripada nisbah purata, tiga puluh pelanggan membeli barangan dari katalog yang anda kirimkan bernilai RM 100 setiap seorang, maka anda akan memperolehi komisen dan bonus di antara RM 10 hingga
RM 25 setiap pelanggan. Katakan anda menerima komisen dan bonus RM 25 maka anda memperolehi sebanyak RM 3000 bagi seratus dua puluh pelanggan setiap bulan. Satu keuntungan yang menyeronokkan bagi menampung perbelanjaan syarikat anda!

Langkah Berjaga-Jaga

Anda perlu memikirkan bahawa komisen dan bonus tersebut adalah berlainan setiap syarikat dan mengambil masa untuk sampai ke tangan anda, di mana jarak masa anda mengiklankan syarikat anda, surat kepada pengeluar, pengahntaran katalog kepada pengilang, hantaran katalog kepada pelanggan, menunggu iklan disiarkan dalam akhbar harian, menunggu keputusan pelanggan membeli barangan melalui katalog yang anda kirim adalah menjadi faktor utama di sini.

Maka jangan berbelanja berlebihan buat sementara waktu ini sehingga anda dapat memeprolehi modal pusingan anda dahulu.

Kami berharap perkara-perkara tersebut di atas tidak melemahkan semnagat anda dan berputus asa kerana sikap yang sebegini akan menyebabkan perniagaan anda terbantut.

Tidak ada perniagaan yang tiada masalah, malah kami juga sering menghadapinya.

Guna kebijaksaaan anda untuk mengatasi dan menghadapinya secara professional.

Cuba kita fikirkan mengenai bonus dan komisen tersebut di mana anda dengan mudah hanya bekerja dari rumah sahaja, anda dapat mengaut keuntungan sebanyak RM3,000 atau lebih bergantung kepada keupayaan anda.

Maka memulakan perniagaan anda sekarang dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mendapatkan apa yang anda idamkan selama ini.

Seterusnya ikut program selanjutnya.

IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan