Perak Perkenal Tiga Kadar Zakat Fitrah - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Jumaat, 3 Mei 2019

Perak Perkenal Tiga Kadar Zakat Fitrah

IPOH: Perak memperkenalkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2019 iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Ketetapan itu dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memperakui pandangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak ke-216 pada 16 Januari lalu.

Namun kadar minimum yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah sebanyak RM7.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Mohd Haidi Sulaiman berkata, pembayar zakat fitrah digalakkan membayar melebihi kadar tersebut mengikut beras yang dimakan atas dasar 'tatawwu'.

Menurutnya, kadar bayaran RM14 bagi pembayar yang menggunakan beras wangi, beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni dan seumpamanya,.

"Manakala RM21 bagi pembayar menggunakan beras basmathi, beras Jepun, beras merah dan seumpamanya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Haidi berkata, MAIPk telah melantik seramai 1,897 amil di seluruh Perak bagi memudahkan orang ramai membayar zakat.

Katanya, amil-amil tersebut akan bertugas di semua masjid dan surau di negeri ini.

Selain itu, ujarnya, kaunter sementara dan kaunter bergerak juga akan dibuka di beberapa tempat tumpuan orang ramai sepanjang Ramadan. - ASTRO AWANI

IlyTrolak: "Negeri pertama dengan kaedah sebegini"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan