
Sebelum ini exco-exco kerajaan negeri hanya mempunyai 8 orang exco dan dengan pelantikan tambahan 3 orang exco pada 12 Mei 2020 menjadikan jumlah ke semua exco ialah seramai 11 orang.
Berikut ialah barisan exco majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak terkini.

Pada sebelum ini, 8 orang exco yang dilantik telah diletakkan dalam portfolio seperti berikut;
- YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, GLC dan Integrasi Nasional (memangku portfolio Kesihatan) - YB Dato’ Saarani bin Mohamad
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna - YB Tuan Haji Razman bin Zakaria
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil - YB Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohamed Radzi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan (memangku portfolio Komunikasi dan Multimedia) - YB Dato’ Shahrul Zaman bin Yahya
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor (memangku portfolio Belia dan Sukan) - YB Dato’ Abdul Yunus bin Jamahri
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Infrastruktur, Tenaga dan Air - YB Encik Mohd Akmal bin Kamarudin
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan (memangku portfolio Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau) - YB Datuk Dr Wan Norashikin binti Wan Noordin
Pengerusi, Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.
Sehingga kini, portfolio bagi 3 exco yang baru dilantik, masih belum diketahui.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan