KUALA LUMPUR 6 Mei - Demi mencapai sasaran sebagai Negara Membaca menjelang tahun 2030, Kementerian Pendidikan menyasarkan lebih banyak kawasan awam dapat dijadikan tempat membaca.
Ini supaya akses terhadap buku dapat dipertingkatkan sekali gus menggalakkan rakyat Malaysia lebih banyak membaca, sesuai dengan kempen #MalaysiaMembaca dan Dekad Membaca Kebangsaan yang bermula tahun hadapan.
Sehubungan itu, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bekerjasama untuk mewujudkan sudut membaca di pejabat-pejabat pos di seluruh Malaysia untuk menjayakan matlamat tersebut.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengisi ruang masa yang ada dengan membaca.
“Sebelum ini, tidak ada sesiapa pun terfikir pejabat pos boleh menjadi alternatif kepada peepustakaan dan kedai buku untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti.
“Bunyinya agak ironi, namun mungkin tidak mustahil sekiranya pejabat pos menjadi tempat anak-anak kita mengisi masa dengan membaca buku sementara ibu bapa berurusan di kaunter,” katanya dalam ucapan dalam Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik ITBM-Pos Malaysia sempena #MalaysiaMembaca di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Pos Malaysia, Datuk Yasmin Mahmood; Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM, Mazmi Kamal; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md. Najib Syed Md. Noor dan Pengurus Besar ITBM, Sakri Abdullah.
Dalam pada itu, Maszlee turut berharap usaha ini akan diikuti oleh lebih banyak syarikat swasta supaya kempen membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dapat terus disemarakkan.
Kata beliau, setakat ini syarikat seperti Petronas dan QSR Brands (M) Holdings Berhad yang memiliki restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut telah menyatakan persetujuan mereka secara lisan. - UTUSAN ONLINE

IlyTrolak: "Membudayakan masyarakat membaca masa kini, bukan melihat dengan buku atau kuantiti buku yang diusung."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan