Berikut antara intipati ucapan Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Rustam Affandy Bin Abdul Aziz sempena Persidangan GMGBM Kali ke-37 di Kuching, Sarawak.
- Mengucapkan tahniah semua perwakilan yang hadir dan MGB Sarawak sebagai tuan rumah di atas kejayaan penganjuran konvensyen dan persidangan
- Menerangkan tentang keyword Datuk KPPM iaitu fokus dan fokus kita adalah sebagai seorang guru manakala tugas dalam MGB adalah merupakan tugas ikhlas dan mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan atas kesanggupan pengorbanan masa tenaga dan wang ringgit.
- Visi dan misi GMGBM, MGBN, dan MGBD mesti selari dgn visi dan misi KPM.
- Memberikan penghargaan kepada bekas pemimpin-pemimpin GMGBM terdahulu hingga sekarang kerana menunjukkan kepemimpinan yang sentiasa progresif.
- Menyatakan perjuangan gred DG48 hakiki GB adalah merupakan perjuangan yang amat panjang dan bersyukur Datuk KPPM amat positif mengenai perkara ini.
- Perlantikan SIP+ dan SISC+ di sekolah rendah juga telah dibincangkan bersama-sama Datuk KPPM dan beliau amat positif mengenai perkara ini.
- Kejayaan perbincangan mengenai isu jadual waktu PAI bersama KPM.
- Pengurusan MGB sentiasa diperhatikan oleh banyak pihak termasuk SPRM. Oleh yang demikian semua MGBN dan MGBD perlulah perkukuhkan pengurusan perlembagaan dan pengurusan kewangan masing-masing.
- MGB bukan didaftar dibawah ROS, cuma didaftar dibawah pendaftar KPM.
- Jangan ada perbandingan keputusan UPSR antara JPN dgn JPN, antara PPD dgn PPD, antara SK dgn SK, sepatutnya tiada isu murid diberi penghargaan dan tidak dapat penghargaan, tapi secara realitinya perkara ini masih berlaku di beberapa tempat. Isu ini juga telah dibincangkan bersama Datuk KPPM.
- Gunakan Platform MGB ini secara profesional untuk membincangkan sebarang isu secara muafakat.
IlyTrolak: "Catatan telah disediakan oleh: Nordin bin Mohd. Taip, SUA MGB Sabah
"
"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan