Tujuh Produk Ubat Darah Tinggi Ditarik Balik - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Sabtu, 30 Mac 2019

Tujuh Produk Ubat Darah Tinggi Ditarik Balik

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sudah menggantung pendaftaran tujuh produk ubat-ubatan yang dikesan mengandungi bahan aktif losartan, bermula 7 Mac 2019.

Tujuh produk terbabit ialah LOSAGEN 50 (Losartan Potassium Tablets 50mg); LOSAGEN 100 (Losartan Potassium Tablets 100 Mg); Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg); Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg).

Turut digantung pendaftaran ialah produk Losartas 100mgc Tablets (Losartan Potassium Tablets 100 Mg); TOZAAR PLUS LS 50/12.5mg Tablet (Losartan Potassium/ Hydrochlorothiazide); Tozaar 50mg Tablet (Losartan Potassium Tablets 50mg) dan Tozaar Tablets 100mg (Losartan Potassium Tablets 100 Mg).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua syarikat terbabit sudah diarahkan untuk memanggil balik produk berkenaan dari pasaran tempatan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang insiden buruk berlaku.

“Sehubungan itu, pada masa ini, produk berkenaan sudah dikeluarkan daripada pasaran Malaysia kerana dikesan mengandungi losartan dengan sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India yang digantung status pendaftaran di Malaysia bermula 7 Mac 2019.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati pengguna supaya menggunakan produk kesihatan yang berdaftar PKBD dan semakan status pendaftaran sesuatu produk kesihatan boleh dibuat melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun di Google Play,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham menegaskan tindakan tegas itu diambil selepas Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) mengeluarkan notis panggil balik ke atas tiga produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif dikeluarkan syarikat Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-Nmethyl-4-aminobutyric acid (NMBA).


“Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Tablet losartan adalah ubat yang digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online

IlyTrolak: "Susulan pengumuman oleh Kementerian Kesihatan Singapora berkaitan penarikan ubatan tersenarai yang menjejaskan kesihatan 137,000 pesakit Darah Tinggi."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan