Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Perhimpunan mingguan secara konvensional di sekolah akan ditambah nilai dengan memfokuskan budaya kreatif, inovatif dan dinamik dalam kalangan pelajar.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata perhimpunan sekolah alaf baharu perlu diperkasa bersesuaian perkembangan semasa.
Sehubungan itu katanya, Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang dibangunkan Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Ilmu Khas sejak Januari 2017 akan dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara secara berperingkat.
“Modul ini memperkasakan lagi komponen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT).
“Ucapan berjela-jela, leteran panjang dan aktiviti perhimpunan bersifat sehala perlu diubah serta-merta kerana ia membosankan pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu dan Pelancaran 60 Tahun Kampus Ilmu Khas di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Sulaiman Wak; Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Dr Rusmini Ku Ahmad dan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr Suhaimi Mohamed Ali.
Dr Maszlee berkata, IPG Kampus Ilmu Khas yang juga Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir ialah penggerak utama kepada pelbagai idea kreatif yang dilaksanakan M10MP supaya perhimpunan mingguan sekolah lebih ceria dengan memperkenalkan aktiviti berkonsepkan amalan berimpak tinggi, berpusatkan murid sekali gus membentuk kemenjadian murid dalam waktu yang singkat.
Selain itu katanya, ia turut mengetengahkan elemen KBAT, kreativiti, pentaksiran dan atribut diri yang digabung secara komprehensif dalam perhimpunan itu.
Katanya, pada 2017, M10MP memperkenalkan elemen KBAT manakala pentaksiran berasaskan sekolah ialah elemen yang ditambah baik pada tahun lalu.
“Tahun ini pula, modul ini difokuskan kepada elemen nilai yang membentuk karektor murid.
“Kita terapkan amalan dalam aplikasi M10MP ini dalam menyediakan pelajar ke arah Revolusi Industri 4.0,” katanya.
FAKTA
- 42 aktiviti M10MP dilaksanakan setahun
- 13 pensyarah bangunkan modul M10MP
Sumber; BH Online » BERITA » Nasional

IlyTrolak: "Penglibatan murid yang lebih meluas dalam perhimpunan rasmi"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan