Daun Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.
Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan.
Sumber: Panduan Tips Petua
Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan.
- Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
- Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
- Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
- Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
- Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
- Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
- Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
- Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
- Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
- Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
- Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
- Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
- Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
- Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
- Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
- Teh pudina boleh digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.
- Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).
Sumber: Panduan Tips Petua
IlyTrolak: "Pelbagai khasiat tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam