Erti Sebuah Kemerdekaan - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Rabu, 1 Ogos 2018

Erti Sebuah Kemerdekaan

Bila melangkah ke bulan Ogos, pastinya secara tak langsung, seluruh warganegara Malaysia secara automatik akan mengingati tentang kemerdekaan, perjuangan, semangat patriotisme dan semangat kebangsaan, kerana kira-kira 61 tahun yang lalu, negara ini yang dikenali pada ketika itu sebagai Persekutuan Tanah Melayu, telah mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos.

Semangat inilah yang dibawa sehingga ke hari ini oleh seluruh warganegara Malaysia yang berbilang kaum, tanpa rasa perbezaan bangsa dan agama, walaupun secara realitinya perjuangan sebenar menuntut kemerdekaan tersebut, setitik keringat pun tidak dijatuhkan.

Seluruh warganegara Malaysia kini sedang memelihara kemerdekaan ini agar terus kekal dan subur di negara tercinta.

Pada tahun 2018 ini, tema Sayangi Malaysiaku telah dipilih untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara atau dikenali sebagai Hari Kebangsaan.

Berikut ialah ringkasan keterangan logo yang telah dipilih untuk tema Hari Kebangsaan tahun ini.

Tema atau logo, bukanlah perkara yang hendak didiskusi untuk kali ini.

Sebuah video yang telah menjadi viral tahun-tahun sebelum ini, telah menarik minat untuk dipaparkan dalam blog kali ini.

Sebuah filem pendek yang agak sinis, berkaitan warganegara Malaysia sendiri dengan warganegara Bangladesh yang dapat memberikan pengajaran untuk semua. Filem pendek ini bertajuk "Erti Sebuah Kemerdekaan". Begini kisahnya...

Di tepi tebing sungai, seorang lelaki Bangladesh sedang berbual melalui telefon.

Tiba-tiba seorang lelaki Melayu menghampiri lelaki Bangladesh.

"Bai, lighter ada?"

"Ada, ada..." terus menghulurkan lighter

Terkuis-kuis lelaki Melayu membelek beg sandangnya...

"Rokok, rokok ada rokok?"

"Ada juga..." sambil menghulurkan sekotak rokok.

"Sudah habis la Bai" lelaki Melayu menggongcang-goncang kotak rokok yang diberi.

"Ada la... satu batang ada..."

"OK, thank you... saya isap ya..."

"OK, baik" balas lelaki Bangladesh sambil mengangguk.

Lelaki Melayu terus duduk di sebelah lelaki Bangladesh sambil menghisap rokok.

Setelah beberapa ketika, rokok disedut... lelaki Melayu memulakan perbualan.

"Ini negara sudah merdeka, 59 tahun.. tau? 59 tahun"

"59 tahun" lelaki Bangladesh mengiyakan.

"U tengoklah Malaysia macam mana, U pun datang Malaysia juga.. Betul?" ucap lelaki Melayu dengan rasa bangga.

"Iyalah..." mengiyakan lagi kata-kata lelaki Melayu.

"Tengok kita orang pakai kereta mewah-mewah, tengok, rokok pun tiada hisap rokok ciplak-ciplak punya... semua rokok Dunhill... rokok best punya" ujar lelaki Melayu, sambil lelaki Bangladesh mengiyakan sahaja.

"Semua senanglah... Kerajaan semua senang..." terus lelaki Melayu menyatakan rasa bangganya.

"Betul? ada dengar? ada nampak?" tegas lelaki Melayu lagi.

"Ya... Ya... Ada... Ada..." itu sahaja perkataan yang keluar dari lelaki Bangladesh.

"Jadi... kita hidup senanglah... senang... semua ada... highway ada... tol ada... Jadi... U duduk, U selesa ka... selesa ya.."

Mengangguk-angguk sahaja lelaki Bangladesh dengan apa yang dituturkan oleh lelaki Melayu.

"Saya pun selesa juga" tambah lelaki Melayu lagi.

"Jadi kita dekat negara merdeka ni... kita hidup aman damai... kan.. tiada masalah apa-apalah, memang tak ada masalah"

"Itu merdeka maksud apa?" tanya lelaki Bangladesh.

krik.. krik.. krik.. krik... (lelaki Melayu)

"Itu merdeka? kita bebaslah, bebas... tiada jajah lagi, kan... ha... tiada lagi itu... orang kata.... macam mana ya... ya lah.. itu merdekalah... merdeka.. ha.. merdeka". terus menghisap rokok yang diterima dari lelaki Bangladesh.

Sesudah beberapa ketika... rokok pun sudah habis dihisap

"Bai, U sini sudah lama?" tanya lelaki Melayu

"Sudah lama"

"Berapa lama?"

"sudah 10 tahun..."

"10 tahun ka? Boleh simpan duit ha..."

"Boleh, boleh"

"Boleh hidup ka?"

"Boleh hidup..."

"Boleh hidup... tiada masalah apa?"

"tiada masalah apa?"

"Ha... itulah Malaysia merdeka, tengok.. tak ada masalah... U orang luar datang pun, tiada masalah, betul ka?" pantas membalas dengan penuh bangga sebagai rakyat Malaysia.

"Bang, sekarang pukul berapa"

"jam? dekat 7.. 7 lebih la" sambil membelek jam di tangan.

"Kereta ada jalan dulu la bang.. baik-baik duduk.." sambil lelaki Bangladesh bersalaman dengan lelaki Melayu dan menekan butang penggera kereta Honda yang parkir berhampiran tempat mereka duduk.

Lelaki Bangladesh meninggalkan lelaki Melayu dan menuju ke kereta.

Lelaki Melayu... terpegun...

Apa berlaku seterusnya? saksikan video di bawah..



IlyTrolak: "Pakai baju kancinglah suasa... Pakai mari Baba lah Melaka... Biar saya rosaklah biasa... kerana dia tidak mengapa"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan