Daripada cerita lisan abah, cerita bermula apabila perkara ini diuar-uarkan kepada semua penduduk kampung.
Pada ketika itu abah dan emak tinggal di Kampung Masjid, Pulau Tiga Kiri.
Apabila mendengar sebaran mengenai pengambilan peneroka FELDA ini, dengan hasrat untuk mengubah kehidupan keluarga. Abah dan We Hassan (abang Abah) telah pergi ke Ipoh untuk mendapatkan mengisi borang permohonan.
Tak pasti juga, sama ada We Hassan turut mengisi atau pun tidak. Pada bulan April tahun 1973, abah telah dipanggil temuduga.
Itu penceritaan lisan yang diterima sendiri olah Aku.
Apa yang menariknya, sedang aku mengemas rumah, terjumpa suatu lembaran kertas yang kini boleh dikategorikan sebagai peninggalan sejarah, tetapi masih tersimpan.
Lembaran Surat ni sebenarnya telah rosak sedikit (tembuk sana-sini dan terkoyak) telah telah cuba untuk dipulih hara. Lembaran surat tersebut telah diliminate untuk mengekalkan ia tidak rosak lebih teruk.
Di sini dikongsikan Surat Panggilan Menjadi Peneroka FELDA.
Surat yang dipaparkan itu, tiada diletakkan Nombor Kad Pengenalan. Bukannya Abah tiada kad pengenalan, tetapi telah dipadam untuk menjaga keselamatan data peribadi.
Dinyatakan dalam surat bahawa abah perlu menghadiri temuduga tersebut di Pejabat Daerah Parit pada jam 2.00 petang.
Antara perkara yang perlu abah bawa bersama-sama untuk temuduga tersebut ialah:
- Kad Pengenalan Abah dan Emak
- Sijil Kerakyatan (abah tiada, sebab abah warganegara Malaysia jati)
- Surat Nikah
- Surat Beranak Anak-anak Saudara
- Surat Berhenti Askar (Abah bukan bekas Askar)
- Sijil-sijil Pelajaran dan surat-surat lain yang difikirkan perlu.
Menariknya pada perkara terakhir, surat-surat lain yang difikirkan perlu.
Sudah tentu, surat-surat sokongan para ketua kampung, penghulu atau wakil rakyat turut disediakan, sebagai sokongan untuk dipilih menjadi Peneroka FELDA. Tetapi, abah tak dapat dipastikan, sama ada membawa surat-surat lain ini.
Surat Beranak Anak-anak Saudara bermaksud perlu membawa surat beranak atau sekarang lebih masyhur dengan Surat Daftar Kelahiran anak-anak.
Seingat fikiran ini, pada tahun April 1973 ini, bermakna abah dan emak dah memiliki 3 cahaya mata, iaitu Yung, aku dan seorang adik lelakiku.
Pada permulaan aku membawa ayat ini, ingatkan kena bawa surat beranak anak saudara kepada abah. Tetapi, setelah difahamkan, surat rasmi ketika dulu lebih popular menggunakan kata ganti diri Saudara atau Saudari. Pada ketika ini, lebih popular pengguna Tuan.
Sy tak ingat Abah masuk FELDA masa tu umur sy baru 3 tahun, ingat-ingat abah golek tong drum utk tumbangkan lalang hingga ketangga rumah FELDA..."
BalasPadamYa, melendat lalang tu memang menjadi satu cara yang cepat untuk mematikan lalang.
PadamDulu tiada mesin rumput, selain melendat lalang, menebas lalang dan rumput juga biasa dilakukan.
Ingat kenangan bagaimana abah dan peneroka yang lain, menghayun pisau penebas secara berpusing-pusing.