Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 10 - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Khamis, 12 Disember 2019

Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 10

PANDUAN SEBAGAI AGEN PEMASARAN BAGI SYARIKAT-SYARIKAT

Menjadi Agen Pemasaran

Anda juga boleh mejadi agen pemasaran syarikat-syarikat di mana-mana satu atau lebih syarikat melalui surat anda kepada mereka.

Isikan borang perjanjian agen pemasaran syarikat mereka yang mereka hantarkan kepada anda,

Biasanya yuran keahlian yang mereka kenakan ialah sebanyak RM10 - RM30 dan dengan itu anda secara sah menjadi agen syarikat tersebut.

Kemudian mereka akan memberi apa juga katalog atau album bergambar dan berwarna keluaran syarikat mereka kepada anda dengan contoh barangannya sekali dan juga sistem komisyen dan bonus yang ditawarkan oleh syarikat mereka.

Sekarang terpulang kepada anda untuk memilih seberapa banyak syarikat yang anda mampu untuk menjadi agen kepada mereka.

Sistem program ini tidak terhad kepada satu agen sahaja, kerana dari kebanyakan katalog-katalog syarikat-syarikat tersebut, anda boleh mengeposkannya kepada pelanggan yang dirasakan berpotensi, tidak seperti jualan rumah ke rumah, di mana anda hanya mampu berjumpa dengan beberapa pelanggan sehari.

Dengan program ini, anda akan menerima ramai pelanggan dari seluruh pelusuk negara, bukan terhad di kawasan anda sahaja.

Pelanggan yang berminat, akan menghubungi anda, sama ada melalui telefon, datang terus ke pejabat dan ke rumah anda atau memesan pesanan mereka melalui mel.

Kemudian anda mestilah menyediakan barangan yang mereka pesan dan poskan melalui perkhidmatan pos laju atau pos biasa untuk memastikan barangan tersebut cepat dan selamat sampai kepada pembeli.

Sebagai meningkatkan lagi jualan, anda boleh juga mengiklankan barangan promosi anda melalui media massa seperti akhbar tempatan atau harian utama dan anda akan dapati lebih ramai pelanggan akan bertanyakan tentang barangan promosi anda.

Ini adalah salah satu teknik pemasaran yang berkesan dan efektif.

Walau bagaimana pun, ini tidak akan memberi sebarang makna, jika anda tidak sertakan dengan usahanya.

Mulakan dengan menjadi ahli atau agen sebuah suarikat dahulu dan jika anda telah boleh menguasai usrusniaga secara menyeluruh, anda boleh teruskan dengan bilangan syarikat yang anda ingin menjadi agen pemasaran bagi syarikat tersebut.

IlyTrolak: "Sesuaikan dengan peredaran masa dan teknolgi terkini."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan