Cermin Gelap: Kurangkan Jenayah Pecah Kereta - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Rabu, 8 Mei 2019

Cermin Gelap: Kurangkan Jenayah Pecah Kereta

KUALA LUMPUR 8 Mei - Keputusan kerajaan membenarkan penggunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang kenderaan mampu mengurangkan kadar jenayah pecah kereta.

Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu boleh menghalang pihak tertentu mengetahui barangan yang ditinggalkan ataupun berada dalam sesebuah kenderaan.

Beliau juga yakin keputusan tersebut dibuat berdasarkan kajian menyeluruh yang dilakukan kerajaan mengenai penggunaan cermin gelap dalam semua aspek termasuk keselamatan, kesihatan dan jenayah.

“Antara sebab utama keputusan tersebut disokong adalah kerana ia mampu melindungi penumpang daripada terik cahaya matahari di negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia selain mengurangkan kejadian pecah kereta apabila pencuri tidak lagi dapat mengintai barangan yang berada di dalam kenderaan.

“Saya percaya pihak terbabit telah menjalankan kajian menyeluruh mengenai penggunaan cermin gelap ini dan meminta agar agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Institut Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) berkongsi maklumat mengenai keputusan tersebut termasuk hasil kajian yang dibuat di dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan membenarkan penggunaan cermin gelap di bahagian tertentu berkuat kuasa hari ini. - UTUSAN ONLINE

IlyTrolak: "Menyukarkan penjenayah melihat ke ruang dalam kenderaan"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan