Zikir 1,000 Kali Haram? - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Jumaat, 5 April 2019

Zikir 1,000 Kali Haram?

Apakah hukum berzikir sebanyak 1,000 kali, ini kerana ada beberapa ustaz menyatakan tidak harus bahkah haram untuk berzikir pada jumlah itu disebabkan tiada dinyatakan dalam mana-mana hadis?

Jawapan: Zikir adalah ibadah yang digalakkan dan dalam al-Quran umat Islam disuruh berzikir dengan banyak. Walau bagaimanapun tidak ditentukan berapakah jumlah banyak itu.

Manakala dalam riwayat hadis, ada bilangan tertentu yang dinyatakan, contohnya bilangan zikir tasbih sebanyak 33 kali selepas solat.

Dalam hal ini, keluasan syariah merangkumi semua pendapat. Bagi pendapat yang menetapkan bilangan sekadar apa disebut dalam riwayat hadis, maka ia adalah pendapat sahih. Ini kerana pendapat sebegini berdasarkan riwayat hadis.

Manakala pendapat yang menyarankan agar berzikir sehingga 1,000 kali pula berdasarkan kepada nas al-Quran yang tidak menetapkan apa-apa bilangan. Maka terserah kepada seseorang Muslim untuk berzikir sesuai dengan keinginan dan kemampuan masing-masing.

Pada pandangan saya, pendapat yang mengharamkan zikir dengan bilangan 1,000 kali agak menyempitkan ruang kehidupan Muslim. Ini kerana bilangan zikir tidak sama dengan bilangan rakaat solat fardu yang memang telah ditetapkan dan ijmak ulama sebanyak itu sahaja.

Manakala bilangan zikir terbuka kepada ijtihad. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita mengamalkan bahawa bilangan zikir yang sabit dalam riwayat hadis adalah bilangan terbaik, namun tidak menafikan keharusan bilangan zikir melebihi bilangan tersebut. - Utusan Melayu

Jawapan Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir Al-Jarumi

IlyTrolak: "Terserah pada diri hendak berzikir berapa kali pun, pegangannya hanya untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan