Oleh Khaidir Majid
qidir@bh.com.my
LAPORAN Bank Negara Malaysia (BNM) yang mendedahkan gaji permulaan siswazah baharu di negara ini merosot sejak 2010 harus dipandang serius. Perkembangan mengejutkan itu membayangkan pendidikan tidak lagi membawa sebarang nilai premium kepada seseorang pencari kerja baharu di negara ini.
Jika sangkaan ini benar dan dibiarkan berterusan, besar kemungkinan pembangunan ekonomi negara akan terencat, berikutan ramai daripada siswazah tempatan terdorong berhijrah ke luar negara. Ini akan mengakibatkan apa yang digelar brain drain
Jika brain drain ini berlaku secara besar-besaran, agak sukar bagi negara untuk membangunkan aktiviti ekonomi bernilai tinggi kerana tidak lagi memiliki kepakaran yang diperlukan.
Tidak hanya itu, lebih membimbangkan daripada brain drain, negara berdepan dengan risiko migrasi ekonomi, seperti dialami beberapa negara Eropah Timur sekarang.
Dalam migrasi ekonomi, oleh kerana gaji begitu rendah di negara sendiri, seseorang siswazah sanggup berhijrah untuk bekerja sebagai pencuci lantai di negara asing yang mungkin memberinya pendapatan yang lebih tinggi.
Usah tunggu sehingga migrasi ekonomi tercetus
Keadaan di negara ini mungkin belum meruncing seperti di Eropah Timur, tetapi kita tidak harus tunggu sehingga migrasi ekonomi itu tercetus. Biarpun fenomena itu belum ketara, hakikatnya negara sudah melihat brain drain berlaku, terutamanya ke negara jiran Singapura.
Bukan menjadi rahsia, ramai daripada pakar pelbagai bidang di republik itu berasal dari negara ini. Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana mengejar peluang untuk meningkatkan kerjaya masing-masing, di samping menikmati pendapatan yang jauh lebih tinggi.
Apa yang kita harus lakukan ialah melihat kepada diri sendiri. Melihat apa dasar dan strategi yang harus diperbaiki agar dapat diwujudkan persekitaran yang menjurus kepada pendapatan yang lebih tinggi.
Berikutan itu, satu kajian menyeluruh harus dilakukan agar punca sebenar kemerosotan gaji siswazah baharu dapat dikenalpasti. Biarpun sejak laporan BNM itu dikeluarkan, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) sudah menafikan gaji permulaan tidak meningkat, kita anggap kenyataan itu sekadar permainan retorik.
Hakikatnya, angka yang dilapor BNM itu adalah tepat selepas mengambil kira kesan inflasi. Berikutan itu, kerajaan harus mengambil serius laporan BNM itu dan melakukan sewajarnya untuk mengekang kemerosotan gaji siswazah berterusan.
Kita berpendapat, antara yang mungkin perlu dilihat secara mendalam adalah dasar pengambilan pekerja asing. Kita tahu kerajaan sudah menyatakan hasrat untuk berusaha ke arah mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.
Tegas tangani isu limpahan pekerja asing
Namun, apa yang kita lihat, kerajaan cepat mengalah sebaik sahaja mendapat tekanan daripada majikan. Misalnya, rancangan menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor borong, runcit dan restoran. Pembekuan itu kini mungkin ditarik balik berikutan desakan majikan.
Ini baru pengusaha restoran, kalau didesak pengilang, sudah semestinya tekanan untuk membuat pusingan U lebih hebat. Sebaliknya, kita harus tegas dalam perkara ini kerana isu limpahan pekerja asing ini berkait dengan kemerosotan gaji siswazah.
Jika terus mudah bergantung kepada pekerja asing, tidak mungkin majikan akan beralih kepada proses automasi. Dan jika proses automasi tidak digunakan, sudah tentu nilai ilmu siswazah merosot.
Sumber: Berita Harian Online | Rencana | Muka 10

IlyTrolak: "Brain Drain adalah satu proses di mana sesebuah negera itu kehilangan pekerja yang berpendidikan, berbakat dan mahir ke negara lain melalui penghijrahan ke seluruh dunia untuk taraf kehidupan yang lebih baik, gaji yang lebih tinggi, akses kepada teknologi yang lebih canggih dan keadaan politikyang lebih stabil"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan