
Presidennya, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, tumpuan dan masa guru seharusnya diberi keutamaan kepada proses kemenjadian murid melalui sesi bersama pelajar dan ibu bapa.
Beliau berkata, langkah itu juga secara tidak langsung memenuhi aspirasi falsafah pendidikan negara, sekali gus memastikan guru fokus dengan tugas hakikinya iaitu mengajar dan mendidik.
“iGuru berharap pihak pentadbir membuat kesesuaian tugas dengan mengambil kira kesesuaian sekolah masing-masing, tanpa mengorbankan aspek pembangunan duniawi.
“Langkah ini diharap dapat mengembalikan semula guru sebagai superhero dan tidak terbeban dengan hal-hal kerani yang membantutkan tugas utama mereka sebagai seorang guru iaitu mengajar dan mendidik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Amin menasihatkan seramai 10,500 guru besar dan pengetua di negara ini, untuk menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru supaya tidak membebankan tugas hakiki mereka.
Beliau dilaporkan berkata, daripada kajian yang dilakukan, 25 peratus beban tugas guru dikaitkan dengan cara agihan tugas pengetua dan guru besar.
“Guru tidak harus dibebankan dengan kerja pentadbiran yang di luar daripada tugas hakiki, misalnya pembentukan jawatankuasa yang banyak membabitkan guru harus dilihat dan diselaraskan semula,” katanya. - ISMAweb

Tiada ulasan:
Catat Ulasan