
Beliau berkata upacara angkat sumpah semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), speaker serta timbalan speaker akan diadakan pada 3 Julai.
“Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan untuk berangkat merasmikan pembukaan sidang DUN pada Ogos,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM500,000 untuk Tabung Harapan daripada Unisem Group di pejabatnya di Ipoh hari ini.
Mengenai calon speaker DUN, Ahmad Faizal berkata calon daripada Pakatan Harapan (PH) telah dikenal pasti.
“Kami dah kenal pasti calon daripada PH dan saya percaya pihak sebelah sana (PAS dan Barisan Nasional) akan menamakan calon mereka, kita tengok lah, setakat ini daripada tiga pihak,” katanya.
Pada PRU14, PH menang 29 daripada 59 kerusi DUN, BN (27), dan PAS (3).
Bagaimanapun, PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri setelah memperoleh majoriti mudah menerusi sokongan dua Adun BN.– BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan