Isu Beg Sekolah Berat - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Rabu, 13 Jun 2018

Isu Beg Sekolah Berat

Kementerin Pendidikan Malaysia mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu beg sekolah berat melibatkan murid-murid.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata buat masa ini pihaknya menyerahkan tugas itu kepada pihak sekolah bagi melihat penyelesaian terbaik dalam menanganinya. - Twiter KPM


Memang banyak idea-idea yang boleh dilontar bagi menangani isu beg berat... tetapi apabila melibatkan kos, ia perlu pertimbangan yang sewajarnya.

Antara cadangan yang popular ialah mewujudkan buku teks digital.

Memang nampak signifikannya idea tersebut untuk mengatasi masalah, tetapi akan muncul isu-isu sampingan berkaitan penggunaan buku-buku digital pula.

Idea popular ini telah diutarakan sejak bertahun-tahun. tetapi mengapa tidak dilaksanakan?

Idea ini memerlukan kos yang agak tinggi kerana ia memerlukan setiap murid untuk memiliki alat untuk dilihat buku digital tersebut.

Termampukah kerajaan nak menanggung kos keseluruhan tersebut dan kos tersebut bukanlah kos yang berbentuk One-Off untuk setiap murid.

Alat ini pula bukanlah alat yang terus berada dalam keadaan terbaik prestasinya, adakala ianya meragam dan rosak.

Pada ketika ini, kita perlu memikirkan kos berkala yang perlu dilibatkan untuk perbekalan.

Satu lagi permasalahannya ialah murid akan kerap merenung paparan digital yang pastinya akan wujud masalah keletihan dan kerosakan mata pula.

Membaca menggunakan buku digital ini sebenarnya ada keburukannya, sebagaimana kita mengadap monitor komputer pada setiap hari.

Banyak lagi isu yang akan berbangkit dengan terlaksananya pengagihan buku digital ini.

Cukup sekadar itu, hanya bertujuan untuk mencuit pemikiran berkaitan itu, buat seketika...

IlyTrolak: "Dulu pikul beg, kemudian naik bukit... tapi tak jadi isu pun.."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan