Surau dan Dewan Di Perkampungan Orang Asli Menderang - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Isnin, 28 Mei 2018

Surau dan Dewan Di Perkampungan Orang Asli Menderang

Hari ini cuba meluangkan masa untuk ke Perkampungan Orang Asli Menderang. Kampung ini terbahagi kepada dua buah perkampungan walaupun berada dalam kawasan bersebelahan dan bilangan rumah yang tidak begitu banyak, iaitu Perkampungan Orang Asli Menderang 1 dan Perkampungan Orang Asli Menderang 2. Setiap kampung ditadbir oleh seorang Tok Batin. Tok Batin Kuntong mentadbir Perkampungan Orang Asli Menderang 1, manakala Tok Batin Amir mentadbir Perkampungan Orang Asli Menderang 2.

Tujuan utama ke perkampungan ini ialah untuk bertemu dengan waris anak murid yang telah tidak hadir beberapa hari ke sekolah iaitu Arvin A/L Dawi merupakan murid satu-satu murid Tahun 6 SK Perlok tahun ini daripada 17 orang murid. Arvin murid yang mempunyai pencapaian sederhana dan boleh melepasi tahap pencapaian minimum yang ditetapkan.

Sebelum bertemu dengan bapanya iaitu Encik Dawi, sempat juga diri ini merayau-rayau dalam perkampungan Orang Asli ini. Sesuatu yang mencuri tumpuan ialah sebuah bangunan yang telah usang. Terlihat sahaja bangunan ini, tersentuh sedikit perasaan ini. Saya rakamkan 2 keping gambar yang menggambarkan keadaan bangunan pada hari ini.




Mengapa hati ini tersentuh? Ya, sebabnya bangunan ini dibina menggunakan peruntukan yang sangat besar pada ketika itu kerana pembinaan ini dibuat di setiap perkampungan Orang Asli di seluruh Malaysia. Tidak silap pada tahun 1991 atau 1992. Pihak kerajaan menyalurkan peruntukan tersebut bagi mengembangkan syiar Islam dalam kalangan Orang Asli.

Pada ketika itu juga, saya bertugas sebagai guru sandaran tanpa latihan di SK Pos Bersih. Bangunan dengan reka bentuk yang sama juga didirikan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bersih.

Ketika pembinaan dilaksanakan, terasa bangga juga atas keperihatinan pihak kerajaan untuk menyebarkan syiar Islam ini.

Tidak silap juga, pegawai Agama Islam yang ditugaskan sebagai mubaligh Islam juga dihantar di setiap perkampungan yang didirikan bangunan ini.

Tetapi, sekarang inilah yang tersisa di sini.

IlyTrolak: "Tiga cerita di sini... Apa sebenar yang nak diceritakan ni?"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan