
Bermula dengan iklan sebuah syarikat bersempena dengan hari raya Aidilfitri 2017, memaparkan sebuah kisah yang sangat menyentuh perasaan. Di sini dipaparkan iklan yang dimaksudkan.
Jika dihayati betul-betul, menambahkan perasaan sayu dan hiba dalam iklan ini ialah dengan adanya sokongan lagu yang dicipta oleh Edry dan didendangkan oleh Azmi dari Kumpulan Caliph Buskers yang bertajuk "Ayah".
Kalau sebelum ini, agak jarang didengari lagu ini, ditambah sangat faktor diri yang sudah kurang mendengar lagu-lagu masa kini. Oleh kerana kesyahduan yang dirasai melalui gambaran dan iringan lagu, terniat mencarinya di Youtube... Namun, pada pendapat diri ini, gubahan muzik yang terdapat dalam iklan adalah lebih dapat dijiwai lagunya berbanding lagu yang disampaikan dengan muzik sebenar. Tapi terpulang pada pendapat masing-masing.
Di sini dikongsikan juga lagu tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan