Takdir Ini Ku Pasti Ada Manfaat Bersama - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Jumaat, 24 Februari 2017

Takdir Ini Ku Pasti Ada Manfaat Bersama

24 Februari 2017, merupakan saat permulaan aku menjejakkan kaki ke sekolah ini. Melihat kepada persekitarannya, memang nampak serinya. Kereta diletakkan betul-betul berdepan dengan pintu pejabat. Dari arah parking jelas kelihatan guru besar yang sedang membuat tugasan di biliknya.

Sebaik masuk, diri ini disambut mesra oleh guru besar. Bersembang seketika berkaitan dengan tugas dan sekolah. Akhirnya aku menandatangani buku melapor diri. Rasmilah aku akan menggantikan tempat guru besar tersebut. Kalau diikutkan surat yang diserah oleh pihak Pegawai Pendidikan Daerah, perlantikan tersebut adalah berkuatkuasa pada 16 Februari 2017.

Berdasarkan kepada perbincangan yang berlangsung, serba sedikit informasi telah aku terima. Nampak positifnya mengapa diri ini ditempatkan diri sini. Walau sedikit kekecewaan terasa, tetapi sebagaimana yang sering aku nyatakan, bahawa penempatan ini bukan disebabkan semata-mata arahan dari pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, atau pihak Pejabat Pendidikan Daerah, tetapi ia adalah takdir Allah S.W.T. Bermakna, Allah telah menghendaki aku dihantar ke sini, mungkin disebabkan ada perkara yang dengan adanya aku di sini, maka ia akan memberi manfaat kepada semua di sini, sama ada organisasinya, warga organisasi ini, atau kepada penduduk sekitar sini.

Semoga Allah memudahkan dan meredhai segala usaha yang akan dilaksanakan di sini.

Ini antara artikel yang dapat aku temui dalam carian di laman web.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Sunut yang ditubuhkan pada Tahun 1925 di Kampung Sunut. Bangunannya bertiangkan batang pinang, berdinding buluh dan berlantaikan tanah. Bilangan murid ketika itu seramai 34 orang dan Guru Besar ketika itu ialah Yang Mulia Raja Abdullah.
Selepas perang Dunia Kedua, dalam tahun 1945 Sekolah ini berpindah ke tapak baru yang terletak di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Melintang. Bangunannya masih berdindingkan buluh dan berlantaikan tanah.


Sumber: http://sekkebbatumelintang.blogspot.my/

Laman lain yang ditemui: http://skbmt.blogspot.my/


Budak Trolak:
"Ku terima takdir ini untuk manfaat untuk semua"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan