
Doa ini memang banyak fadhilat atau kelebihannya yang tersendiri. Antaranya dimurahkan rezeki, mudah mendapat jodoh dan cinta sejati, keselamatan, kesihatan, kasih-sayang, ilmu dan keampunan Allah SWT. Apa yang senaraikan hanyalah sebahagian fadhilatnya sahaja. Untuk mengetahui kelebihannya yang lain bolehlah anda merujuk dengan guru-guru yang alim atau kitab-kitab yang muktabar.

fokus yang perlu diutamakan bukannya kelebihan atau fadhilat doa ini, tetapi kemampuan kita untuk berdoa dan istiqamah dengan amalan ini. Ini kerana, Allah SWT menyukai hambanya yang istiqamah dalam beramal. Perkara lain yang lain dalam berdoa adalah kesungguhan, keikhlasan dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Marilah kita beramal dengan doa ini bersungguh-sungguh di samping melakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah, memudahkan orang lain, bekerja bersungguh-sungguh, solat sunat dan lain-lain lagi.
InsyaAllah, tidak ada suatu pun yang mampu menghalang jika Allah SWT sudah tetapkan rezeki kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan