Aku Lihat Mereka, Teringat Pula Diriku - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Jumaat, 28 Disember 2012

Aku Lihat Mereka, Teringat Pula Diriku

Hari ini solat Jumaat di Masjid UPSI. Ketika melalui ruang luar masjid kelihatan pasangan kepada calon yang mengambil peperiksaan hari ini di Masjid UPSI...

Ada yang berkepit dengan anak-anak, ada yang dipagari anak-anak, ada yang mendukung anak, ada yang telentang sana sini, Ada yang anak dah kuasai bapa (dah macam kena 'raging' je...).

Teringat semasa aku dan isteri melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjanamuda... Istimewanya kami belajar serentak... tapi berlainan universiti. Anak-anak dah macam baton larian. Setiap minggu memang tiada ruang kosong... Ruang yang sepatutnya bersantai bersama keluarga, akhirnya perlu dikorbankan ketika itu. Maka bergendong-gendonglah aku dan isteri dengan anak-anak berkelah di pusat pengajian tinggi.

Pendaftaran pertama isteriku ke pusat pengajian tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM), ketika itu isteriku sarat mengandung anak ketiga. Selepas seminggu mendaftarkan diri sebagai siswazah, lahirlah puteri ketiga kami, Nurul Nadhilah. Setelah perbincangan dilakukan bersama pihak universiti ketika itu, maka isteri aku dibenarkan pengecualian beberapa kelas, Setelah selesai berpantang 40 hari, isteriku mula berhujung minggu dengan kuliah pengajian, manakala aku juga yang mendaftar di universiti yang sama turut dengan kuliah juga. Beruntungnya ketika itu kuliah isteriku pada hari Sabtu dan aku pula di hari Ahad.

Masih teringat juga, bagaimana ketika isteriku mengikuti kuliah pengajian, aku bersama bayi kecil dilengan. Bayi kecil yang tidak mengerti apa-apa itu, tetap bersama tanpa membawa banyak karenah. Bekalan susu ibu untuk alas perutnya sudah cukup memberikan kesabaran untuk bayi tersebut. Begitu juga dengan dua kakaknya yang menemani kebosanan dengan bermain di sekitar kawasan ruang legar bangunan dewan kuliah.

Beberapa ketika melalui pengajian di UPM, aku mengambil keputusan berhenti kerana mendapat tawaran belajar dari pihak KPM dan OUM yang dirasakan ketika itu lebih mendatangkan keuntungan.

Dalam meniti pengajian di pusat pengajian yang berlainan pula, cabarannya cukup besar. Kadang-kadang aku dan isteri terpaksa korbankan masa kuliah secara bergilir-gilir, kerana pada ketikanya masa kuliah berlaku pada masa dan hari yang sama. Hanya modul menjadi bahan rujukan. Anak-anak pula sebagai teman setia ibu bapa untuk belajar.

Namun, dalam kesibukan pada tahun 2006 tetap membuahkan hasil kerana lahirnya puteri yang keempat untuk kami. Inilah bayi yang dilahirkan ketika aku dan isteri belajar. Ada yang berkata bahawa jika ibu bapa rajin belajar, anak akan lebih cerdik.

Semakin besar cabaran yang dilalui. Pengurusan keluarga semakin mencabar, Walaupun pada ketikanya terdetik juga rasa yang tidak menyenangkan, yang boleh mematahkan semangat, namun anak-anak menjadi pendorong. Mereka telah berkorban beberapa semester, mereka telah berkorban dalam satu perjuangan yang panjang, pasti hasil akhirnya tetap perlu dicapai juga.

Akhirnya pada tahun 2009 isteriku berjaya menggengam segulung ijazah, manakala aku pula mengengam ijazah pada tahun 2010.

Itulah pengalaman bila sama-sama melanjutkan pelajaran... bila dingatkan kembali terasa bersalah terhadap anak-anak, kerana mengorbankan masa untuk mereka yang sepatutnya dipenuhi dengan kasih sayang.

Kini keduanya telah dilantik ke DG41. Isteri telah menyudahkan ijazah Sarjana... Aku pula dilaluan terakhir untuk ijazah Sarjana. Pengalaman di Sarjanamuda memberi ikhtiar dilaluan Sarjana ini. InsyaAllah laluan Sarjana akan diakhiri pula...


IlyTrolak:
"Pengalaman mengajar kita untuk masa hadapan"








Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan