GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara. Beliau berkata aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.
"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)," katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang.
Muhyiddin berkata cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai," katanya.
Beliau juga berkata bagi memartabatkan pendidikan negara, konteks pembangunan modal insan yang berkualiti perlu dititikberatkan.
"Proses ini melibatkan pembentukan sahsiah pelajar, dan bagi memastikan matlamat ini tercapai, guru-guru perlu lebih kreatif dalam menggunakan semua medium yang sedia ada," katanya.
Muhyiddin berkata pelajar tidak seharusnya terlalu terikat dengan buku serta terlalu terheret dengan sistem pendidikan negara yang menekankan aspek hafalan dan pendekatan teori.
"Kita tidak mahu melahirkan generasi yang beku, yang belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja.
"Kerana itu, kementerian memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Barulah kebolehpasaran pelajar kita dapat ditingkatkan," katanya sambil menambah dasar itu mewajibkan penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti sukan bagi membantu pihak sekolah mengenal pasti dan mengasah potensi setiap individu dalam pelbagai bidang.
Sumber: BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan