SEREMBAN, 18 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan pada Rabu berkata lot tanah untuk rumah bagi generasi kedua peneroka di negeri ini akan diberikan seawal-awalnya selepas Aidilfitri ini.
Beliau berkata buat permulaan, pemberian lot tanah itu hanya melibatkan satu rancangan tanah Felda sahaja dan nama Felda itu dirahsiakan buat masa sekarang.
Tanah rancangan Felda yang dipilih itu mempunyai keluasan tanah dan jumlah generasi kedua Felda yang bersesuaian dan akan dijadikan sebagai projek perintis sebelum diperluaskan di Felda lain di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini pada Rabu.
"Bukan semua anak peneroka akan dapat. Mereka yang membantu ibu bapa, sudah berkahwin dan tinggal dalam kawasan Felda sahaja akan diberi lot-lot tanah untuk membina kediaman mereka," katanya.
Katanya tanah yang akan diberikan itu merupakan tanah lebihan milik Felda dan untuk projek perintis ini, membabitkan kira-kira 2,000 hektar.
Menteri Besar turut mengumumkan kenaikan elaun sebanyak RM200 sebulan berkuatkuasa Januari lepas untuk datuk-datuk Lembaga Adat di negeri yang mengamalkan adat perpatih ini.
Negeri Sembilan mempunyai seramai 177 orang datuk Lembaga Adat dan ada di kalangan mereka yang menerima elaun sebanyak RM4 atau RM80 dan pada zaman British, mereka menerima elaun sebanyak 50 sen.
"Kita naikkan setiap orang mendapat RM200 sebulan mulai (dibayar) Ogos ini tetapi sebenarnya ia telah diluluskan sejak Januari, jadi mereka semua akan menerima tunggakan tujuh bulan," katanya.
Ini merupakan penghargaan dari kerajaan negeri kepada golongan ini yang telah memelihara dan mengamalkan adat perpatih di negeri ini, katanya.
Sumber: BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan