Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
JERANTUT 4 Jun - Kerajaan diminta mengkaji secara mendalam untuk menubuhkan Bank Felda bagi memberi manfaat kepada lebih 112,600 peneroka di seluruh negara.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, penubuhan bank berkenaan dapat menyalurkan pinjaman kepada peneroka terutama generasi baru Felda untuk terlibat secara lebih aktif dalam bidang usahawan tani.
Selain itu, katanya, bank berkenaan juga boleh menyalur dan meningkatkan pelaburan dalam sektor pertanian bagi mengubah taraf hidup golongan peneroka.
Katanya, penubuhan bank itu kelak turut memberi peluang kepada anak-anak peneroka mendapatkan pinjaman serta pelbagai faedah lain menerusi pelaksanaan pelbagai projek seperti perumahan dan pendidikan.
"Kita yakin jika diwujudkan Bank Felda, ekonomi, sosial dan pendidikan bumiputera khususnya orang Melayu di tanah rancangan ini bertambah kukuh menerusi peluang dalam sektor keusahawanan pertanian, teknikal dan pengeluaran lain.
"Bank ini juga akan menjana kewangan dalam bentuk pelaburan, saham serta pinjaman bagi memacu perniagaan di kalangan peneroka berasaskan pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing dan bertambah baik," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam UMNO Bahagian Jerantut bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di Dewan Tun Teja Perumahan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) di sini, malam tadi.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan yang juga Ketua Pemuda Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.
Menurut Tengku Azlan, Felda sudah pun maju di negara ini berasaskan pendapatan pasaran hasil komoditi kelapa sawit dan getah serta pelaburan di luar negara yang menguntungkan.
Justeru, katanya, kedudukan kukuh Felda itu membolehkan agensi berkenaan membantu pula para peneroka yang menjadi antara nadi penggerak ekonomi dan pembangunan negara melalui penubuhan bank berkenaan.
Utusan Online

Tiada ulasan:
Catat Ulasan