Suatu Masa Untuk Kebahagiaan - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Isnin, 24 Mei 2010

Suatu Masa Untuk Kebahagiaan

Mungkinkah dengan tanpa kata-kata, boleh dimengertikan oleh orang lain. Benarkah setiap titip ucapan yang diilhamkan akan membuka semua bicara untuk dimengertikan?

Pelbagai bicara yang dialunkan dari sudut hati sebelum bicara menerjah ke ruang diskusi sesama insan. Mengungkapkan pelbagai rasa antara kita dan semua yang dapat dimaksudkan berbicara.

Mungkinkah dengan kegembiraan kita di hari ini akan dapat dikecapi oleh orang lain bersama? Mungkin juga kegembiraan yang dikecapi ini merupakan satu kepayahan untuk orang lain menerimanya.

Terima kasih semua sekiranya kamu dapat menerima kegembiraan ini. Kerana kegembiraan ini tidak dapat dikongsi bersama orang lain. mengharapkan akan diterima hanya oleh kamu semua.

Sebelum langkah mengatur haluan, sebelum perjuangan menghunus kekuatan, izinkan diri memohonn izin untuk direstui perjuangan ini.

Perjuangan ini adalah untuk kita. Perjuangan ini membuktikan dengan tanpa kata-kata. Mengharap hanya restu mengiringi bersama himpunan doa, agar perjuangan ini meraih kemenangan selamanya.

Jika kegembiraan ini dapat dikongsi bersama, alangkah bertuah hati, akan berkorbanlah jiwa raga untuk memperjuangkan segala harapan. Tapi, sukar untuk dimengertikan setiap perasaan.

Bersamalah berdoa untuk kesejahteraan, agar setiap yang dilalui akan dapat ditempuhi dengan kesabaran.

Untuk mereka yang bersama dalam perjuangan, terima kasih kerana bersama-sama merestui perjuangan ini.

SUATU MASA

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Tiada ulasan:

Catat Ulasan