Celcom Oh Celcom - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Blog generasi peneroka FELDA

Jumaat, 25 September 2009

Celcom Oh Celcom

Aku rasa hari ini pelik sikit. Sunyi sahaja dan kurang aktiviti aku untuk hari ini. Mengapa ya..? Aku masih tidak perasan dengan masalah yang dihadapi. Patutlah... Telefon bimbit aku dari pagi tadi masih tidak berbunyi. Pelik, pelik.

Semalam isteri aku merungut telefon bimbitnya tak dapat menerima atau memembuat panggilan. Hari ini aku pulak. Apa sudah jadi?

Aku dulu memang tak biasa guna syarikat telco Celcom ini. Kebiasaannya aku menggunakan *****. Tak pernah sekalipun aku mengalami gangguan seperti ini. Walau sekali. Kalau dulu prepaid, jika nak ada masalah pun, mungkin tidak boleh membuat panggilan keluar kerana kehabisan baki wang. Tapi kali ini aku guna 'postpaid', tak kan ada masalah?

Dalam aku melangut di rumah, terniat aku menelefon perkhidmatan pelanggan Celcom. Dengan menggunakan telefon rumah aku mendail nombor 100 untuk perkhidmatan tersebut.

"Terima kasih kerana.... bla... bla... bla..."

"Sila pilih bahasa pilihan anda... 1 untuk bahasa Malaysia... bla..." Aku terus tekan nombor 1.

"Pelanggan celcom yang yang hormati, perkhidmatan.... bla.. bla.. bla..." Aku dah tahu jawapan kepada masalah aku.

Setelah dilayan oleh operator suara perempuan dalam telefon, suruh tekan sana, tekan sini. Akhirnya aku memilih nombor "0" untuk bantuan telefonis. Saja nak bersembang...

Setelah panggilan disambut oleh telefonis, aku memperkenalkan diri dan telefonis membuat pengesahan nombor telefon bimbit aku.

"Maaf Encik, Pihak Celcom memohon maaf kepada semua pelanggan kerana kami memang menghadapi masalah di seluruh Malaysia."

"Sampai bila ye..." Aku hendakkan kepastian.

"Maklumat asal tadi sehingga pukul 10.00 pagi, tapi sekarang pukul 10.25 pagi. Saya tak tau le Encik... Tiada maklumat" balas telefonis.

"Mengapa ye..." Tanya aku

"Tak tahu le Encik, saya bukan technition" selamba je telefonis perempuan tu beritahu.

Aku bengang dengan jawapan tersebut. Memang le aku tahu dia bukan technition, tetapi tak kan tiada info dari pihak pengurusan tentang hal ni?

Agak mesra mendengar suara dari pihak telefonis yang mewakili Celcom ni. Semua jawapan "Tak Tau". Apa pihak pengurusan Celcom tidak mempunyai latihan menjawab telefon dengan cara bersopan ke...? Kalau macam tu lebih baik letak mesin jawab tu je... bila pelanggan tanya... mesin terus jawab tak tau...

Oleh kerana bengang dengan jawapan telefonis, aku pun membuat tekaan luar jangka.

"Adakah terdapat tiang pemancar Celcom yang tumbang ke?"

"Tak tau Encik"

"Ada gempa bumi berlaku ke?"

"Tak tau Encik"

"Mungkin bangunan Celcom nak runtuh kot..."

"Tak tau le Encik..." balas telefonis

"Kalau runtuh... boleh cuti raya lagikan...." balas aku.

Telefonis tersebut cuba menjawab, tapi aku buat tak tau je... Semuanya dijawab dengan selamba iaitu "TAK TAU...". Seterusnya aku membayangkan untuk menukarkan talian telefon aku itu. Mungkin aku akan promosi kepada kawan-kawan yang lain.

Aku berharap anda para pengunjungpun mungkin boleh memikirkan cara telefonis tersebut melayan pelanggannnya. Inikah taraf perkhidmatan pelanggan di Malaysia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan